Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PPBM Bakal Berkubur, RoS...

SEBAGAIMANA dijangkakan pelbagai pihak, jangka hayat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bakal berakhir...

Semakan Gaji Minimum Diteliti...

KUALA LUMPUR : Perbincangan dan perincian lanjut membabitkan isu semakan semula terhadap gaji...

Norman Hakim Jadi Sasa...

BOLEH dikatakan trend membina otot badan dan tampil sasa kini menjadi kegilaan ramai...

227 Aduan Penipuan Pakej...

LABUAN - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerima 227 aduan mengenai penipuan pakej umrah...

Syed Saddiq Harap Belanjawan Beri Tumpuan Belia B40

CYBERJAYA – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap Belanjawan 2019 yang akan dibentangkan esok akan memberi keutamaan kepada golongan belia khususnya daripada isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Beliau berkata tumpuan harus diberikan dalam biasiswa, pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) dan perumahan.

“Saya yakin kerajaan Pakatan Harapan dibawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengambil kira perspektif anak muda dalam Belanjawan 2019,” katanya kepada pemberita selepas menghadir majlis penutup International Youth Congress 2018 (IYC2018) anjuran Pertubuhan Perintis Malaysia (MyPerintis) di Universiti Multimedia (MMU) di sini hari ini.

Sementara itu, MyPerintis dalam satu kenyataan berkata tahun ini tema kongres Memupuk Nilai-Nilai dan Membangunkan Warisan bertujuan untuk menjangkau lebih ramai belia serta mencari cara untuk maju dan bertindak balas terhadap tuntutan belia.

Menurut kenyataan itu IYC bertujuan menyatukan pembuat dasar, korporat, NGO belia, persatuan, dan pelbagai pihak bersangkutan belia dari pelbagai latar belakang untuk berbincang mengenai isu-isu yang berkaitan dengan belia hari ini, terutamanya dalam konteks Malaysia.


Terdapat tiga perkara utama perbincangan dan isu-isu yang dibangkitkan iaitu Kemahiran Masa Depan: Semakan semula Pendidikan dan Latihan Kemahiran untuk Karir Besok, Indeks Kebahagiaan: Berterima kasih Kita Hari Ini dan Mengurus Cabaran Mental Mengoptimumkan Tujuan Kehidupan dan yang terakhir ialah Pembinaan Negara: Mentakrifkan Penyertaan Remaja dalam Membentuk Masa Depan Malaysia. – BERNAMA

Kategori