Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bot Tempur CB204 Dijangka...

KOTA KINABALU - Bot tempur CB204 yang berjaya ditemui petang semalam setelah dilaporkan...

Jabatan Kesihatan Melaka Arah...

MELAKA - Sebanyak 111 premis makanan di sekitar negeri ini diarahkan tutup selama...

“Saya Malu Tonton Lakonan...

PENGHIJRAHAN kebanyakan selebriti wanita tanah air daripada tak bertudung kepada bertudung perlu dipuji...

Kedah Catat Penurunan Kes...

ALOR SETAR - Kedah mencatatkan penurunan 8.1 peratus kes demam denggi atau 578...

Tarik Pemimpin UMNO Untuk Singkir Menteri Lemah PPBM

PETUNJUK sudah banyak diberikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang satu rombakan pertama akan dilakukan.

Perdana menteri ketika mengemukakan markah menteri-menteri Kabinetnya memberikan markah agak rendah, menampakkan rasa tidak puas hatinya terhadap para menteri kerajaan Pakatan Harapan.

Beberapa minggu lepas, Mahathir melahirkan rasa marah pada ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mahu menyekat ahli UMNO daripada masuk menyertai PPBM.

Sebelum kenyataan-kenyataan ini dibuat, beliau mengumumkan ahli-ahli UMNO boleh melompat dan menyertai PPBM, walaupun sebelumnya memperlahankan langkah apabila ditegur oleh DAP.

Ini memang rancangan asal Mahathir apabila melihat kerusi PPBM yang jauh lebih kecil berbanding parti lain dalam PH.

Rancangan ini dikuatkan oleh kedudukannya sebagai PM sementara yang telah berjanji untuk melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bukan rahsia lagi yang Mahathir tidak sekepala dengan Anwar dan kemungkinan perang sekali lagi seperti 20 tahun lalu berlaku sentiasa ada.

Semua ini menunjukkan Mahathir ada perancangan sendiri untuk memastikan legasinya dipelihara dan sebelum itu mengukuhkan kedudukannya sekarang.

Rancangan Mahathir sudah dimulakan sejak awal-awal lagi, apabila beliau memberitahu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya membubarkan UMNO.

Apa yang dilakukan Mahathir ini ialah seperti langkah ekoran krisis 1987, membiarkan UMNO diharamkan dan kemudian menubuhkan UMNO Baru.

Kali ini, “UMNO baru” itu bagi Mahathir ialah PPBM, yang dirancang sejak awal lagi supaya mirip sifatnya dengan UMNO supaya ada ahli UMNO yang melihatnya sebagai alternatif.

PPBM sebenarnya amat tipis ideologinya dan amat pragmatik, seperti yang telah ditunjukkan oleh kenyataan pemimpin-pemimpinnya seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

PPBM yang sebenarnya ialah parti menurut apa sahaja agenda Mahathir, kerana itulah PPBM menerima siapa sahaja tanpa mengira fahaman politik.


Untuk mengukuhkan parti Mahathir ini, kemasukan pemimpin-pemimpin seperti Datuk Seri Mustafa Mohamed dan lain-lain dialu-alukan kerana PPBM kekurangan pemimpin berkaliber.

Kenyataan-kenyataan mengundang kutukan dan kemarahan netizen oleh Syed Saddiq dan Dr Maszlee Malik menyebabkan mereka semakin menjadi liabiliti bagi PPBM dan PH.

Ini amat memalukan Mahathir dan partinya yang sedang bergelut dengan parti komponen lain dalam PH.

Kesilapan-kesilapan dan persepsi lemah ini menyebabkan Mahathir sendiri tertekan kerana dianggap lemah kerana partinya melahirkan pemimpin-pemimpin seperti itu.

Maka atas sebab ini, Mahathir amat gembira dengan kemasukan Tok Pa dan pemimpin UMNO lain yang dilihat berkaliber dan boleh memberikan imej baik kepada PPBM.

Mahathir mahu lebih ramai lagi pemimpin UMNO yang dianggap berkaliber menyertai PPBM supaya ia tidak kelihatan lemah dibandingkan dengan DAP dan PKR.

Mahathir seolah-oleh sedang berkira-kira untuk melakukan satu rombakan Kabinet supaya menteri bermasalah, terutama dari PPBM dapat dibuang dan digantikan dengan orang baru yang dilihat lebih cekap.

Rombakan ini mungkin penting bagi Mahathir bukan sahaja demi mengukuhkan dirinya dan partinya dalam kerajaan PH, tetapi juga untuk menghadapi Anwar dan penyokong-penyokong kuatnya dalam kerajaan PH.

Melalui kemasukan pemimpin UMNO ke dalam PPBM dan rombakan menyingkir pemimpin lemah PPBM ini, Mahathir akan lebih selamat sebagai PM.

Mungkin yang paling untung ialah yang masuk PPBM selepas selesai pilihan raya dan sudah membentuk kerajaan, kerana mereka tidak perlu bersusah payah tetapi terus melompat menjadi menteri, atau jawatan kanan lain. – Mynewshub.tv

Kategori