MACAO – Kerugian disebabkan taufan Mangkhut yang membadai Macau awal tahun ini dianggarkan mencecah 1.55 bilion pataca Macau (kira-kira US$ 192 juta).
Ia termasuk kerugian langsung bernilai 520 juta patacas (kira-kira US$ 64.4 juta) dan kerugian tidak langsung berjumlah 1.03 bilion pataca (kira-kira US$ 127.6 juta), demikian menurut Statistik dan Bancian Perkhidmatan (DSEC) pada Isnin.
DSEC berkata anggaran itu merangkumi kerugian perniagaan, kerosakan kediaman serta kenderaan isi rumah, kemudahan perbandaran dan sistem perkhidmatan awam tertentu.
Selain menyebabkan kemusnahan harta benda, taufan Mangkhut yang melanda Macao pada 16 September turut mencederakan 15 orang. – BERNAMA