Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ketua Sindiket Penyeludup Haiwan...

BANGKOK - Polis Thailand menahan seorang lelaki dipercayai ketua sindiket penyeludupan pelbagai spesies...

Veteren PAS Johor Jangan...

KUALA LUMPUR - Dewan Ulama PAS Malaysia mengecam pihak yang mengungkit kisah perjuangan...

Penunggang Bogel Diusir Dari...

Phnom Penh - Seorang lelaki Britain yang menunggang motosikal dalam keadaan bogel akan...

Portfolio Baharu Ke Arah...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menganggap portfolio Menteri...

Tengku Adnan Ditahan SPRM

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Sumber berkata, Tengku Adnan ditahan jam 3.15 petang tadi selepas tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini bagi memberi keterangan berhubung isu penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Beliau (Tengku Adnan) sudah sampai ke SPRM dan sebaik tiba beliau terus ditahan,” katanya ketika dihubungi.

Tengku Adnan hari ini dipanggil bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes penjualan tanah DBKL semasa beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Difahamkan, Tengku Adnan akan didakwa esok berhubung siasatan kes berkenaan termasuk 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas lebih 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion.


Baru-baru ini, media melaporkan sebanyak 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion disiasat oleh pasukan khas Kementerian Wilayah Persekutuan dan SPRM sejak 31 Julai lalu.

Bulan lalu, Tengku Adnan mengakui SPRM memanggilnya lebih 12 kali berhubung isu penjualan tanah berkenaan. – BH ONLINE

Kategori