Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bayi Ajaib Lahir Lewat...

DILAHIRKAN lewat 17 hari selepas kelahiran kembarnya, seorang bayi dijangka tidak dapat bertahan...

Wanita Korporat Tidak Perlu...

KUALA LUMPUR - Golongan wanita tidak perlu bermain golf supaya mereka lebih diterima...

GAMBAR: Sekitar Majlis Resepsi...

SETELAH selamat diijab kabulkan pada 31 Disember lalu, pasangan romantis Marsha Milan Londoh...

Poster JDT Hanya Perang...

KUALA LUMPUR - Laman Facebook rasmi Johor Darul Ta'zim (JDT) menerangkan poster perlawanan...

Terengganu Berdepan Perak Pada Final

KUALA LUMPUR – Terengganu mara ke final Divisyen Satu Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak walaupun terikat seri 1-1 dengan pencabar terdekat, Melaka pada aksi terakhir pusingan awal di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini, malam ini.

Keputusan tersebut menyaksikan Terengganu muncul naib juara Divisyen Satu dan bakal membuat perhitungan dengan juara bertahan, Perak yang muncul juara kumpulan, pada aksi final di venue yang sama Sabtu ini.

Pada aksi malam ini, Melaka terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi gol padang Amirrullah Zainol seawal minit keenam perlawanan sebelum Muhd Najmi Farizal Jazlan menyamakan kedudukan untuk Terengganu setelah menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-18.

Perak pula mengekalkan rekod tanpa kalah setelah seri 3-3 berdepan Johor, manakala satu lagi aksi Divisyen Satu menyaksikan Pulau Pinang menang tipis 4-3 ke atas Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Pahang muncul juara Divisyen Dua setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-0 hasil dua pukulan sudut penalti bekas pemain kebangsaan, Ahmad Kazamirul Nasaruddin pada minit ke-18 dan ke-45.

Selangor pula meleburkan rekod tanpa kalah Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menang tipis 3-2, namun keputusan itu tidak menjejaskan kedudukan PDRM yang layak ke final berdepan Pahang setelah melakar empat kemenangan berturut-turut sebelum ini.


Pertemuan Pahang dan PDRM akan berlangsung pada Sabtu ini di venue yang sama.

Satu lagi aksi Divisyen Dua menyaksikan Kelantan mencatat kemenangan sulung pada edisi ke-56 kejohanan setelah mengalahkan pasukan jemputan, Singapura 2-0.

Sementara itu, Pahang menamatkan saingan di tempat ketujuh kategori wanita setelah menang selesa 4-1 ke atas Melaka pada perlawanan penentuan tempat ketujuh/kelapan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • hoki

Kategori