Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Jadikan Perjalanan Balik Kampung...

KOTA BHARU - Umat Islam dinasihat mematuhi peraturan jalan raya bagi menjadikan perjalanan...

Klopp Bawa Masuk Semula...

JURGEN Klopp bersedia membawa masuk bekas jurulatih pembangunan skuad utama Liverpool Pepijn Lijnders...

Kenderaan PM Kelihatan Di...

PETALING JAYA : Kenderaan yang dipercayai membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri...

Guru Maut, 2 Parah...

BELURAN - Seorang guru maut dan dua yang lain parah dalam nahas jalan...

Terengganu Mula Operasi 6 Sekolah Rendah Islam 2019

KUALA TERENGGANU – Enam Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) seliaan kerajaan Terengganu akan diwujudkan bagi memantapkan lagi pendidikan sekolah rendah anak-anak negeri ini mulai Januari tahun hadapan.

Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata buat permulaan, SRIDI akan beroperasi di bangunan sedia ada milik kerajaan negeri di enam lokasi iaitu di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun; Ajil (Hulu Terengganu), Binjai Rendah (Marang), Manir (Kuala Nerus), Kampung Raja (Besut) dan Losong (Kuala Terengganu).

“Permohonan kemasukan mula dibuka hari ini hingga 30 Nov, namun sesi temu duga akan dijalankan untuk memastikan murid yang berkualiti sahaja diterima masuk ke SRIDI.

“SRIDI di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah antara manifesto PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas, selepas ini lebih banyak SRIDI akan dibuka secara berperingkat termasuk Sekolah Menengah Islam di kawasan Parlimen pula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi dan Anugerah Hafazan Al-Quran 2018 Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu di sini hari ini.

Seramai 346 pelajar Tingkatan Lima diraikan dalam majlis itu selain pemberian insentif RM1,000 kepada 300 pelajar yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran.


Mengulas lanjut, Satiful yang juga Anggota DUN Paka berkata buat permulaan, pengambilan pelajar hanya 50 orang untuk setiap sekolah yang mana hanya dua kelas beroperasi tahun hadapan.

“Waktu pembelajaran bermula pada 8 pagi dan berakhir pada 4 petang, ini akan memudahkan ibu bapa yang bekerja untuk menguruskan rutin yang lebih selesa untuk anak mereka,” katanya.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mempelawa kanak-kanak yang dilahirkan pada tahun 2012 yang berdekatan dengan SRIDI tersebut agar segera membuat permohonan di Bahagian Pendidikan, Kompleks Seri Iman, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu bagi sesi persekolahan Januari ini. – BERNAMA

Kategori