Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

8 Perkara Yang Sering...

1. SelfieLepas bangun tidur selfie, selepas gosok gigi pun selfie, lihat saja di...

‘Harta Karun’ Zaman Kesultanan...

MELAKA - Beberapa serpihan artifak dan syiling dipercayai berusia lebih 900 tahun yang...

Wajah Syazwan Ketika Bayi...

TINDAKAN pelakon Syazwan Zulkifly memuat naik gambarnya ketika bayi yang dicantum dengan foto Allahyarham...

MITI Akan Bincang FTA...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking akan berbincang untuk...

Teresa Teruk Disindir Isu Tuai Sawit Seekar 15 Tan

KANTOI… Menteri Industri Utama, Teresa Kok teruk ‘diserang’ bertalu-talu Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) apabila mendakwa konon satu ekar ladang kelapa sawit mampu keluar hasil 15 tan.

Itu jika kawasan pertanian komoditi tersebut dijaga dengan baik dan jika sebaliknya, hasil tuaian boleh cecah empat tan bagi setiap ekar. Bagaimanapun, dakwaan aneh itu diselar wakil BN sebagai amat kelakar dan tidak masuk akal.

Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan) berkata, ahli-ahli parlimen BN terpaksa bangun untuk celah semasa Teresa gulung Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi kementerian itu untuk perbetulkan fakta.

“Ini bukan isu nak tolong petani, tapi lebih kepada fakta. Menteri perlu tahu, syarikat sebesar atau sehebat mana pun yang urus ladang itu, tidak boleh hasilkan empat tan untuk satu ekar.. apatah lagi sampai 8 tan… 12 tan!

“Pergi belajar dengan pegawai MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) mengenai isu hasil kelapa sawit. Jangan sampai menteri dituduh beri fakta salah kepada mereka,” kata beliau dalam sesi Dewan Rakyat pada Khamis.

Sementara itu, wakil tunggal MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) pula berkata kesalahan fakta yang dilakukan oleh Teresa memang jelas tidak masuk akal dan boleh jadi bahan lawak rakyat khasnya petani sawit.

“Satu hektar bersamaan 2.47 ekar. Jika dapat 12 hingga 15 tan, bermaksud kena dapat lima tan untuk satu ekar, tapi ini tidak dapat. Saya pernah tanam kelapa sawit, jika cuaca baik kita dapat 0.6 hingga 1 tan untuk satu ekar.

“Terpulang berapa banyak baja yang kita tabur dan jika petani guna baka terbaik, hanya dapat tambahan 30 peratus. Saya tidak tahu bagaimana pegawai YB boleh bagi angka satu ekar boleh pula dapat 12 hingga 15 tan.

“Lepas ini, minta pegawai bagi jawapan yang betul kepada menteri yang ‘rajin’. Kalau tidak, orang gelak dengan apa yang berlaku, tidak masuk akal sebab memang tidak akan boleh berlaku,” kata beliau dalam nada sindiran.


Teresa yang tersipu-sipu dengan teguran ramai ahli parlimen BN itu namun cuba kawal diri dengan berpendapat bekas menteri dan timbalan menteri BN itu sengaja ingin ‘mencuit’ dan menguji tahap pengetahuannya.

“Mereka lebih tahu isu ini lebih daripada saya. Saja nak uji saya boleh jawab atau tidak,” katanya.

Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd. Shahar Abdullah dalam pada itu berkata, Teresa perlu menarik balik jawapan yang disampaikan pada sidang Dewan Rakyat semalam kerana ia telah mengelirukan masyarakat.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan melalui akaun sosial Twitternya turut menyindir Teresa dengan mempersoalkan jenis bakal kelawa sawit yang ditanam menteri tersebut.

“Menteri YB Teresa Kok betulkan di Dewan Rakyat. Bukan 1 ekar 12 hingga 15 tan tapi 1 hektar. (1 hektar = 2.47 ekar). Sebulan? Jadi 4.86 – 6.07 tan seekar. Masih lagi tinggi kiraan ini.

“Apa jenis ‘supersawit’ ini? Macam ‘superman’! Setahun? Tidak ada orang jual sawit ikut kiraan setahun,” katanya. Sebelum ini, NGO Generasi turut menyatakan Teresa seperti berada di ‘gelanggang Maharaja Lawak’.

Ini kerana beliau berjaya membuatkan Dewan Rakyat yang menjadi tempat penggubal dasar negara seperti budak bodoh mengambil maklumat salah dari mana-mana bakul sampah. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori