Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jadikan ASEAN ‘Dunia Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - ASEAN perlu bekerjasama dan sepakat membanteras jenayah kekerasan dan seksual...

Ngeri!!! Digilis 3 Kereta...

HULU SELANGOR - Seorang penunggang motosikal ditemui mati terputus dua selepas dipercayai digilis...

Projek Solar: Kes Rizal...

KUALA LUMPUR - Kes bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Rizal...

2 Beradik Sempat Diselamatkan...

Pasir Gudang : Dua beradik yang pengsan ketika rumah dihuni di Jalan Tembikai...

Thailand Tahan Pasangan Malaysia Operasi Hotel Tanpa Lesen Di Hatyai

SONGKLA – Pihak berkuasa Thailand menahan sepasang suami isteri warga Malaysia hari ini kerana mengusahakan sebuah hotel tiga tingkat tanpa lesen di Hatyai.

Ketua Pejabat Imigresen Songkla Kol Shuttares Yingyongdamrongsakul berkata, hotel yang terletak di Jalan Poonakarn, Hatyai menerima tempahan secara dalam talian dari pelanggan Malaysia dan Singapura.

“Hasil pemeriksaan pihak berkuasa, kami mendapati bangunan hotel tidak memiliki lesen kebenaran beroperasi dan menyalahi peraturan perhotelan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Pelanggan hotel terbabit dikenakan bayaran antara 2,600 Baht (RM342) dan 2,860 Baht (RM376) bagi penginapan semalam.

Menurut Shuttares, pasangan suami isteri warga Malaysia berusia 50-an itu yang menggunakan visa pelancong untuk menjalankan perniagaan di Thailand akan dihantar pulang ke negara asal mereka. – BERNAMA

Kategori