Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

NGO Lapor SPRM Isu...

SHAH ALAM - Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat hari ini membuat laporan...

SSM Promosi Usahawan Online...

TIDAK ramai sedar, kehidupan seharian kita selama ini telah banyak dipermudahkan dengan pelbagai...

Hospital Melaka Sasar 30,000...

ALOR GAJAH - Hospital Melaka menyasarkan untuk mengumpul sebanyak 30,000 unit beg darah...

Guru Perlu Fahami 100...

KUANTAN : Para guru perlu memahami 100 peratus polisi Pen­taksiran Berasaskan Sekolah (PBS)...

Thailand Tumpaskan Kegiatan Proses Arak Tiruan

HATYAI – Pihak berkuasa Thailand menyerbu sebuah rumah di kawasan perumahan mewah berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai dan menahan dua wanita sedang memproses arak tiruan.

Ketua Kastam Bahagian Ke-9 Songkla Manoch Phiktak berkata arak tiruan itu adalah untuk pengedaran di Hatyai, Bangkok serta Malaysia.

“Hasil pemeriksaan dalam rumah terbabit, pihak berkuasa menemui dua jenama arak terkenal, Black Label dan Red Label,” katanya kepada pemberita hari ini, berhubung serbuan petang semalam.

Ketika serbuan, menurutnya, kedua-dua wanita berusia 20 dan 40 tahun berasal dari Songkla dan Chiang Rai itu sedang mengisi arak tiruan ke dalam botol-botol.

Manoch berkata kedua-dua wanita terbabit dibayar antara 15,000 Baht (RM1,900) dan 30,000 Baht (RM3,900) sebulan untuk memasukkan arak tiruan tersebut ke dalam botol-botol berjenama arak terkenal luar negara itu.


Pihak berkuasa turut merampas bahan-bahan untuk menghasilkan arak tiruan itu serta botol-botol arak yang sedia untuk dihantar kepada pengedar, katanya.

Beliau berkata kegiatan tersebut dipercayai didalangi warga tempatan dan luar negara.

Menurut Manoch, serbuan adalah atas arahan Komander Tentera Bahagian ke-4 baharu dilantik Lt Jen Pornsak Poonsawat yang mahu membasmi aktiviti jenayah di kawasan sempadan Thailand dan Malaysia. – BERNAMA

Kategori