Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kisah Sebenar Pemandu Ambulans...

KES seorang pemandu ambulans yang didakwa memperkosa seorang jururawat di Mersing, Johor kini...

Gambar: Majlis Kristianisasi Bayi...

ANAK kedua Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton iaitu...

Instagram Gadis Mirip Rosmah...

SEORANG gadis berusia 18 tahun yang dipercayai warga Poland tiba-tiba menjadi perbualan hangat...

Guru Direman Rogol Pelajar

TAWAU: Seorang guru sebuah sekolah menengah di daerah ini direman tujuh hari bagi...

Tiada Langkah Cegah Pesakit Talasemia Major

KUALA LUMPUR – Tanpa langkah pencegahan, dianggarkan seramai 200 pesakit talasemia major akan dikesan setiap tahun dengan kerajaan perlu belanja RM3 juta bagi kos rawatan setiap pesakit sepanjang hayat mereka.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata oleh itu adalah penting bagi rakyat Malaysia mengetahui status talasemia mereka bagi mengawal penyakit tidak berjangkit itu.

“Berbanding sesetengah negara, kos penjagaan dan rawatan talasemia di negara ini ditanggung kerajaan.

“Pembawa baka penyakit ini boleh membantu Kementerian Kesihatan mencegah kelahiran kes baharu pesakit talasemia dengan memilih bukan pembawa sebagai teman hidup,” katanya ketika Hari Kesedaran Talasemia Peringkat Kebangsaan 2018, di sini, hari ini.

Dr Dzulkefly menjelaskan sehingga Ogos 2018, terdapat 7,848 pesakit berdaftar dalam daftar pesakit talasemia dengan 55 peratus daripada mereka berusia bawah 20 tahun.

Menjelaskan mengenai penyakit ini, Dr Dzulkefly berkata pesakitnya tidak dapat menghasilkan sel darah merah kerana kecacatan baka menyebabkan pesakit memerlukan pemindahan darah secara tetap bagi menjalankan kehidupan seharian.

Beliau berkata tanpa pemindahan darah, pesakit hanya dapat hidup sehingga usia tiga atau empat tahun sahaja manakala ketika ini dengan rawatan optima mereka boleh hidup sehingga berumur lebih 40 tahun.


Dr Dzulkefly berkata sebagai usaha mengurangkan kelahiran bayi dengan talasemia, Kementerian Kesihatan telah menyaring 542,284 pelajar tingkatan empat bermula 2016 sehingga 2018 dan mendapati 13,712 adalah pembawa penyakit itu.

“Kementerian Kesihatan menawarkan khidmat kaunseling kepada mereka dan anggota keluarga bagi menjelaskan status pembawa dan peranan mereka dalam pencegahan

“Mereka yang bercadang berkahwin dan mempunyai sejarah talasemia daripada keluarga terdekat boleh mengetahui status menerusi saringan di klinik kesihatan,” katanya. – BERNAMA

Kategori