Sunday, July 7, 2024

Creating liberating content

Akhirnya, Jamal Abdillah Kenalkan...

SELEPAS tujuh bulan 'mengunci mulut', penyanyi veteran popular Datuk Jamal Abdillah memperkenalkan isteri barunya Zai...

Bapa Tak Suka BF...

NAK tergelak pun ada! Zaman sekarang ada lagi ibu bapa yang mengambil kira...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di lima pusat pemindahan di Jasin...

Artis Angkut 20 Rakan...

KEBIASAANNYA kita hanya akan pergi ke majlis-majlis yang mendapat jemputan sahaja, takkanlah tak...

Tiada Paksaan Untuk Memeluk Agama Islam – Annuar

SIBU — Tiada sesiapa dari kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara ini yang dipaksa memeluk agama Islam, kata Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi Dr. Annuar Rapaee.

Beliau berkata masyarakat Islam sentiasa menghormati hak penganut agama lain mengamalkan kepercayaan agama masing-masing.

“Justeru dakwaan kononnya masyarakat beragama lain dipaksa memeluk agama Islam adalah adalah tidak benar dan fitnah semata-mata kerana Islam merupakan agama yang mementingkan keamanan.

“Masyarakat Islam adalah masyarakat mudah mesra, mementingkan persaudaraan, keharmonian dan paling penting keamanan sejagat,” tegas beliau semasa berucap pada Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Bahagian Sibu hari ini.

Kira-kira 7,000 orang mewakili 69 kontingen dari jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, swasta, sekolah menengah dan rendah, institusi pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan menyertai upacara perhimpunan serta perarakan itu.


Sehubungan itu, Dr. Annuar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka menyeru masyarakat Islam di Sibu supaya terus mengekalkan perpaduan antara mereka demi kepentingan dan kemajuan pada masa hadapan.

“Tidak kira apa fahaman atau perbezaan pendapat, masyarakat Islam perlu mengetepikannya dan sentiasa terus bersatu padu,” katanya.

Turut hadir ialah Residen Bahagian Sibu, Charles Siaw, ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua masyarakat. – BERNAMA

Kategori