Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ahli Bina Badan 55...

SEORANG ahli bina badan kelahiran Vietnam berusia 55 tahun digelar sebagai 'Master Roshi'...

UPSR Dihapus Tidak Lama...

KUALA LUMPUR – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pasti akan dimansuhkan untuk memberi...

Muka Dihitamkan, Kepala Dibotak...

LAHORE - Seorang wanita berusia 23 tahun diarak di jalan raya dengan wajahnya...

RUU Antilompat Parti Dijangka...

PUTRAJAYA : Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Bagi Menimbang Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan)...

Tiada Unsur Jenayah Mayat Di Sungai Bindu

BATU PAHAT – Polis mengesahkan tiada unsur jenayah terhadap mayat lelaki yang dijumpai di Sungai Bindu, dekat Sri Gading, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Azhan Abdul Halim berkata pada kejadian 7 malam itu, seorang wanita yang merupakan orang awam menjumpai mayat lelaki itu ketika mengambil lembu yang dipeliharanya di sebuah padang berhampiran dengan sungai berkenaan.

Katanya, sebaik sahaja terlihat mayat yang terapung itu, wanita berkenaan terus menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Anggota polis yang bertugas bergegas ke lokasi dengan mendapat bantuan daripada anggota pasukan bomba dan penyelamat…mayat berjaya dikeluarkan dua jam kemudian,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azhan berkata hasil siasatan mendapati mangsa dikenali sebagai Mohd Reziki Mohd Yasin, 36, berasal dari Kampung Sri Bengkal, Sri Gading, yang dipercayai hilang beberapa hari lepas berdasarkan laporan kehilangan mangsa oleh keluarganya.


Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses dokumentasi dan bedah siasat.

Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut, kata Azhan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

Kategori