KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak perlu untuk parti politik membuka cawangan di universiti awam (UA).
Beliau berkata ini kerana pelajar universiti kini sudahpun mempunyai kebebasan untuk bersuara.
“Anda bebas untuk suarakan apa yang anda suka. Tak payahlah parti (buka cawangan parti politik di UA),” katanya kepada wartawan selepas majlis Penganugerahan Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bahawa cawangan parti politik akan dibenar ditubuhkan di UA apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dipinda kelak. – BERNAMA