Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

62,000 Rumah RMM Dibangunkan...

JASIN – Kerajaan Negeri Melaka melalui kerjasama dengan kerajaan persekutuan membangunkan 62,644 unit...

3 GAMBAR: Bayi Ditinggal...

Kes pembuangan bayi memang bukan cerita baru dan kejadian ini berlaku di merata...

Uqasha Muat Naik Foto...

Haaa.. rasanya semua peminat hiburan mengetahui perihal status hubungan cinta yang sudah lama...

JHEAT Siasat Video Pelanggan...

Kuala Terengganu : Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menjalankan siasatan berhubung video...

TMJ Mahu Proses Baiki Wad ICU HSA Dipercepat

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu proses pembaikian wad Unit Rawatan Rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terbakar dua tahun lepas hingga meragut enam nyawa pesakit, dipercepatkan.

Pengarah HSA, Dr Aman Rabu yang mengiringi Tunku Mahkota melawat wad berkenaan hari ini berkata hasrat itu dinyatakan baginda semasa lawatannya.

Beliau berkata kerja-kerja membaiki wad itu mengambil sedikit masa kerana Kementerian Kesihatan belum meluluskan peruntukan yang sewajarnya.

“Kita sudah memohon peruntukan selepas berlakunya kebakaran, tetapi ia bukan hanya untuk pembaikan malahan turut meliputi peralatan dan barang-barangan keperluan. Kita harap tahun ini, ada (peruntukan),” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas lawatan itu.

Kebakaran pada 25 Oktober 2016 yang mengakibatkan kematian enam pesakit itu disahkan berpunca daripada kebakaran kapasitor lampu di bangunan berkenaan, yang menyebabkan percikan api dari kapasitor itu mengenai bahan yang mudah terbakar, sebelum api menjadi marak dan tidak terkawal.


Terdahulu, Tunku Ismail meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk meninjau keadaan wad itu serta beramah mesra dengan orang ramai.

Pada lawatan itu, baginda turut berkenan menyerahkan sumbangan bagi membina taman permainan baharu untuk kanak-kanak di hospital berkenaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

Kategori