Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Bekalan Air Di Kelantan,...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan keadaan bekalan air di...

Adik Didenda Pecahkan Cermin...

PETALING JAYA - Seorang penghantar makanan didenda RM2,800 atau tiga bulan penjara oleh...

Rujuk Semula Komitmen Tun...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein telah melaksanakan beberapa...

TH Nafi Hubungi Pendeposit...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan tidak pernah menghubungi mana-mana pendeposit...

Tuah Lidah Lembut

BEIJING – Seorang budak lelaki Kemboja yang menjadi popular di Internet selepas satu video menunjukkan dia boleh bercakap sekurang-kurangnya 12 bahasa, kini dijemput untuk lawatan tiga hari di Beijing, lapor media Kemboja.

Stesen televisyen Kemboja, K01.news melaporkan, syarikat itu akan membayar kos membawa budak itu dan keluarganya ke Beijing dan akan menemubualnya secara langsung.

Lapor stesen itu lagi, Palang Merah Kemboja pula akan menaja pelajaran adik-beradik budak berkenaan, yang dilaporkan dikenali dengan nama Thaksin atau Thuch Salik.

Budak lelaki yang usianya tidak diketahui itu yang menjual pelbagai cenderamata dirakam bercakap dalam 12 bahasa asing dan memberitahu dia belajar daripada pelancong yang ditemuinya.

Dia boleh bercakap dalam bahasa Korea, Perancis, Sepanyol, Melayu dan Filipina.

Video asal budak itu ditonton lebih satu juta kali dan dikongsi oleh banyak portal berita di China.

Satu laman di Weibo bertajuk ‘Budak lelaki Kemboja mahu belajar di universiti di Beijing’ dikunjungi lebih tujuh juta pengguna media sosial di China itu.


“Sekiranya budak itu ditemu bual media Jepun, mungkin dia memberitahu mahu belajar di Universiti Tokyo dan jika ditemu bual media Korea Selatan mungkin dia mahu ke Universiti Seoul.

“Mungkin dia mahu pergi ke Universiti Teknologi Nanyang di Singapura sekiranya bertemu dengan media negara itu,” kata seorang pengguna. – Agensi/myMetro Online

Kategori