Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

3 Cara Berkesan Tangani...

KANGAR - UMNO perlu melaksanakan tiga cara atau pendekatan yang didapati berkesan dalam...

Kampung Mandah Terima Kunjungan...

KUALA KANGSAR - Keseronokan dan keterujaan menyambut keberangkatan kerabat diraja Perak ke Kampung...

ADUN PAS Selangor Tidak...

GAMBAR Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Paya Jaras, YB Mohd Khairuddin Othman...

Jijik…Warga Emas Ditangkap Lakukan...

Seorang warga emas di Georgia telah ditangkap kerana melakukan seks dengan seekor kambing...

Tukang Cuci, Rakan Lelakinya Disyaki Mati Dibunuh

JOHOR BAHRU – Seorang wanita dan rakan lelakinya disyaki mati dibunuh di kediaman mereka di tingkat tiga sebuah rumah pangsa di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Johor Mohd Kamarudin Md Din berkata mayat K.Kamala, 51, dan S. Silvaraja, 59, ditemukan kira-kira 9 pagi tadi oleh anak perempuan Kamala yang pulang dari bekerja.

“Wanita berkenaan (Kamala) merupakan pemilik rumah itu dan bekerja sebagai seorang tukang cuci di Singapura manakala lelaki terbabit (Silvaraja) difahamkan menumpang di rumah tersebut.

Anak perempuan wanita berkenaan yang berumur 31 tahun dan juga seorang tukang cuci di Singapura mendapati pintu jerisi besi di koridor dan pintu jeriji besi utama rumah itu tidak berkunci, namun, pintu kayu berkunci sebelum menemui mayat lelaki tersebut di ruang tamu manakala mayat ibunya di bilik tidur,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Kamarudin berkata siasatan mempercayai kejadian berlaku malam tadi dan sekurang-kurangnya dua suspek terlibat dalam pembunuhan bersenjatakan parang itu.

Beliau berkata mayat Silvaraja ditemui dengan kesan luka di leher akibat dikelar manakala mayat Kamala dengan kesan tetakan di belakang badan.

Katanya siasatan turut mendapati sejumlah barangan kemas dan wang tunai milik mangsa dilarikan suspek terlibat.


“Kejadian dipercayai berlaku malam tadi kerana jiran mangsa ada terdengar bunyi pertengkaran kira-kira 10 minit, namun, kemudiannya senyap dan tidak mengesyaki apa-apa.

Polis percaya kedua-dua mangsa mengenali suspek berdasarkan dua pintu jeriji besi yang tidak berkunci dan siasatan pelbagai sudut sedang dilakukan bagi memastikan sama ada kes tersebut bermotifkan samun, dendam, hutang atau sebagainya,” katanya menambah rumah terbabit hanya didiami tiga individu iaitu Kamala, Silvarajah dan anak perempuan Kamala.

Polis turut menemui taburan serbuk kari di sebahagian koridor dan tangga tingkat tiga rumah pangsa terbabit yang dipercayai ditabur suspek bagi menghilangkan jejak.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat Kamala serta Silvarajah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, di sini, untuk bedah siasat. – BERNAMA

Kategori