Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Melayu Tak Yakin Anwar...

PETALING JAYA - Seorang penganalisis politik berkata pengundi Melayu tidak yakin Anwar Ibrahim...

Kempen Turun Harga Tidak...

KUALA LUMPUR - Kempen Penurunan Harga yang bermula pada 2008, tidak terhad kepada...

Dua Maut, Lima Cedera...

PEKAN - Dua maut manakala lima cedera selepas kenderaan pelbagai guna dinaiki mereka...

Pelakon ‘Mahar’ Dalam Laskar...

Buat penggemar filem dari Indonesia, Laskar Pelangi merupakan salah satu naskah wajib ditonton...

Tun M: Equanimity Ke Langkawi Hanya Pelihara Keadaan

SINGAPURA – Kapal tidak boleh dibiar berlabuh sepanjang masa kerana jika demikian, akan timbul masalah seperti teritip melekat di badan kapal, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai kenapa kapal layar mewah Equanimity dibawa dari Pelabuhan Klang ke Langkawi.

Kapal layar mewah itu yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tiba di Langkawi pada Rabu untuk berlabuh sementara setelah melakukan pelayaran dari Pelabuhan Klang sehari sebelumnya.

“Kapal mesti belayar. Anda perlu melayarkan kapal sekurang-kurangnya sekali dalam beberapa hari,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Australia Scott John Morrison di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan di sini.

Kapal layar sepanjang 92 meter itu kini berlabuh di jeti Markas Wilayah Laut 3 Tentera Laut Diraja Malaysia (Mawilla 3) di Bukit Malut di Langkawi.

“Mahkamah telah memutuskan Equanimity adalah milik Malaysia. Kita boleh meletakkannya di mana sahaja tetapi sudah tentu niat utama kita adalah untuk menjaga kapal itu. Kita tidak perlukan kapal sebesar itu. Ia terlalu mewah untuk kita. Kita hendak menjualnya…jika anda boleh menjadi pembelinya…bagitahu kami,” kata Perdana Menteri.

Pada 26 Oktober, Mahkamah Admiraliti meluluskan terma dan syarat-syarat bagi proses pembidaan kapal mewah itu bermula dari 29 Oktober hingga 28 November.


Equanimity, yang dirampas di Bali pada Februari dan diangarkan bernilai US$250 juta, didakwa dibeli oleh ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB.

Ia diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada Ogos.

Dr Mahathir yang juga anggota Parlimen Langkawi sempat berjenaka: “Terima kasih kerana memberitahu saya berita ini. Saya harap apabila saya ke Langkawi nanti saya boleh melawatnya.” – BERNAMA

Kategori