Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rosmah Terima Anugerah Hero...

NEW YORK - Datin Seri Rosmah Mansor menerima Anugerah Hero STEM (Sains, Teknologi,...

TPM Imbau Pesan Almarhum...

ALOR SETAR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengimbau...

Dalang Tembak Jatuh MH17...

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu mengambil langkah bagi memastikan pihak yang menembak jatuh...

Lawatan: Era Baharu Hubungan...

KUALA LUMPUR - Lawatan sulung Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al...

Tun M Celah Isu Rohingya Pada Sidang ASEAN

SINGAPURA – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat pencelahan berhubung isu Rohingya pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-33.

“Saya pernah menyebut tentang keadaan di negeri Rakhine. Kami menggesa agar usaha-usaha diambil untuk membetulkan salah laku berkenaan,” katanya kepada media Malaysia selepas menerima kunjungan hormat Pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde di sini.

Mahathir yang berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan berkata, beliau tidak menimbulkan isu berkenaan secara peribadi dengan pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi tetapi melakukannya menerusi pencelahan.

Kini terdapat lebih 100,000 pelarian Rohingya di Malaysia dan tidak semua mereka berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNCHR).

Dilaporkan terdapat kira-kira 700,000 penduduk minoriti Islam Rohingya yang lari mencari perlindungan di negara jiran Bangladesh sejak Ogos lepas berikutan kekejaman tentera yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai penghapusan kaum.

Sementara itu, pada sidang media, Dr Mahathir berkata: “Saya fikir para pemimpin ASEAN bersikap sangat diplomatik. Kami tidak membuat kenyataan keras terhadap sesama sendiri.”

Beliau ditanya sama ada Malaysia ada mendesak ASEAN agar mengeluarkan kenyataan lebih keras dalam isu Rohingya.

Ditanya lagi sama ada isu Rohingya dibangkitkan semasa majlis makan malam Sidang Kemuncak ASEAN malam tadi, Dr Mahathir berkata: “Kami ada berbual sesama sendiri. Tapi tidak secara langsung hal mengenai negeri Rakhine atau Rohingya.”


“Tetapi dalam perbincangan antara negara-negara ASEAN, beberapa orang ada membangkitkan isu berkenaan. Saya pun. Tapi kebanyakannya hanya menggesa supaya mencuba untuk menyelesaikan masalah ini,” tambah beliau.

Ditanya sama ada beliau ada bercakap secara terus dengan Suu Kyi, perdana menteri itu berkata: Saya ada bercakap terus dengan beliau tetapi bukan mengenai isu berkenaan.”

Ditanya lagi apakah tajuk perbualan mereka, Dr Mahathir menjawab: “Hal-hal biasa sahaja.”

Sepanjang sidang kemuncak itu, hampir kebanyakan masa Dr Mahathir dan Suu Kyi dilihat duduk sebelah-menyebelah kerana susunan atur tempat duduk mereka adalah mengikut abjad nama negara yang diwakili mereka. – BERNAMA

Kategori