Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hayati Semangat Perpaduan Dalam...

KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Thaipusam esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun...

Selepas 9 Tahun ‘Couple’,...

AKHIRNYA, selepas sembilan tahun bercinta tanpa ikatan rasmi, pasangan pelakon Brad Pitt, 50,...

Masigit Lawas Perlu Dijaga...

BAGAN SERAI - Kelab Kulaan Malaysia (KKM) meminta pihak bertanggungjawab supaya membaik pulih...

Maraton Malaysia Batal Kerana...

PUTRAJAYA - Maraton Malaysia 2017 terpaksa dibatalkan berikutan kegagalan penganjur mencapai sasaran mendaftarkan...

Tunku Azizah Mahu Tenun Pahang Unggul Kelas Sendiri

PEKAN – Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah mahu melihat seni tenun Pahang terus unggul dalam kelas tersendiri dalam industri tekstil negara.

Baginda menyifatkan tenun Pahang sebagai satu fabrik eksklusif kerana mempunyai keistimewaan yang tidak mudah diperoleh mahupun ditiru sesiapa.

Titah Tunku Azizah, berbeza daripada sesetengah fabrik lain seperti batik yang dapat dihasilkan oleh ramai orang, tenun Pahang memerlukan kemahiran, ketelitian dan minat individu yang melakukannya.

“Saya mahu tenun Pahang ada kelas tersendiri dan berciri eksklusif setanding jenama luar negara sehingga orang perlu beratur atau menempah khas untuk mendapatkannya.

“Mungkin sukar untuk orang ramai memperoleh tenun Pahang kerana harganya yang agak mahal tapi ia setanding dengan proses penghasilannya yang cerewet dan memerlukan ketelitian.

“Hanya mereka yang pernah memakainya dapat memahami di mana letaknya keistimewaan tenun Pahang,” titah baginda semasa merasmikan Pameran Tradisi Berfesyen Tenun Diraja Pahang di Muzium Sultan Abu Bakar di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Pengarah Muzium Pahang, Datuk Ahmad Farid Abdul Jalal.


Tunku Azizah seterusnya bertitah mahu melihat lebih ramai generasi muda mewarisi seni menghasilkan tenun Pahang yang dipercayai bermula sejak 300 tahun dahulu supaya ia tidak dilupakan dalam arus pembangunan.

Titah baginda, seni tenun Pahang perlu ‘lahir dari hati’ dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk diperkembangkan kerana ia berpotensi menjadi satu cabang pekerjaan.

“Saya masih ingat pada awalnya, hanya ada 15 penenun di Pekan, namun selepas pelbagai usaha dilakukan termasuk menubuhkan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam, kita sudah mempunyai lebih 200 penenun di Pahang,” titah baginda.

Tunku Azizah juga bertitah penghasilan tenun Pahang juga dilakukan oleh banduan lelaki di Penjara Penor dan Bentong, yang mana selepas dilatih, mereka berkebolehan menghasilkan kain tenun berkualiti tinggi dengan rekaan corak eksklusif. – BERNAMA

Kategori