Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Isu Sihir.. Azwan Ali...

PANAS jadinya atmosfera dunia hiburan apabila Azwan Ali membuat pengakuan sensasi mendakwa dirinya...

Mahkamah Arah Hukuman Mati...

BIASANYA kita selalu dengar kes jenayah berat melibatkan manusia akan berakhir dengan hukuman...

4 Aksi Piala Malaysia...

KUALA LUMPUR - Empat perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2015 yang dijadual malam...

Tempoh 6 Bulan Sediakan...

KOTA KINABALU - Jawatankuasa Kabinet yang ditubuhkan untuk menyediakan kertas cadangan berkenaan kaedah...

UAE Bebaskan Akademik British Didakwa Terlibat Risikan

AKADEMIK British, Matthew Hedges yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan terlibat dalam aktiviti risikan, diampunkan berkuat kuasa serta-merta oleh pemerintah Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Laporan keputusan UAE itu dilaporkan media British hari ini, selepas Setiausaha Luar UK Jeremy Hunt melobi bagi melepaskan Hedges.

Hedges yang mengadakan penyelidikan doktor falsafahnya di UAE ditahan atas dakwaan terlibat dalam perisikan melalui penyelidikannya dan minggu lalu ditajuhi hukuman penjara seumur hidup.

Beliau ditahan dan dilaporkan dipenjara bersendirian sejak enam bulan lalu.

Beliau menjalankan kajian terhadap politik dan dasar UAE dan dijangka akan menerbitkan buku mengenai dasar luar UAE hasil kajiannya.

Isterinya, Daniella Tejada telah memulakan kempen petisyen untuk membebaskan Hedges dan telah mendapat sokongan lebih 200,000 orang.


Kementerian luar Britain juga berkata keputusan mahkamah UAE itu mengejutkan dan akan menjejaskan hubungan UAE dengan Britain.

Baru-baru ini, tiga buah universiti di UK telah mengumumkan boitkot terhadap UAE ekoran hukuman ke atas Hedges.

Universiti tersebut ialah Durham, tempat Hedges berkhidmat sekarang, Universiti Exeter dan Universiti Birmingham. – Mynewshub.tv

Kategori