Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hasil Pendapatan Program MKMF...

REMBAU - Hasil pendapatan yang diperoleh usahawan Program My Kampung My Future (MKMF)...

Ahli Parlimen Rozman Isli...

LABUAN - Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli dilantik sebagai Presiden Dewan Perniagaan...

Tindakan Sewajarnya Jika Susu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya jika disahkan susu rumusan bayi...

Ini ‘Rare’.. Kucing Dijadikan...

AMBOI... rakyat Malaysia kini terlebih kreatif dalam merealisasikan majlis perkahwinan yang lain daripada...

UMNO Siap Siaga Pertahan DUN Rantau

BERSEDIA… UMNO menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Mohamad Hasan selain beriltizam untuk bersama siap siaga hadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Sokongan tersebut dizahirkan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh menerusi akaun sosial Twitternya sebagai mengulas keputusan dramatik Mahkamah Tinggi Seremban hari ini.

Media melaporkan Hakim Datuk Azimah Omar memutuskan kemenangan Timbalan Presiden UMNO itu di kerusi tersebut ketika penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 28 April lalu sebagai batal dan tidak sah.

Mengulas lebih lanjut, Annuar turut menyifatkan keputusan mahkamah berkenaan sebagai satu lagi ujian untuk rakyat terutama di Negeri Sembilan dalam menghadapi PRK yang kelima selepas PRU ke-14 pada 9 Mei lalu.

Sebelum ini rakyat terpaksa berdepan tiga PRK DUN yang kesemuanya di Selangor iaitu Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong manakala terakhir Parlimen Port Dickson dengan calon Pakatan Harapan kekal pertahan kerusi itu.

“Insya-Allah, kita bersama #tokmat buat persiapan PRK DUN RANTAU… satu lagi ujian buat rakyat,” kata Annuar. Bekas menteri besar kelima itu merupakan penyandang kerusi kubu UMNO tersebut sejak PRU ke-11 pada 2004.


Dalam pada itu, Mohamad, 62, dilaporkan akan berbincang dengan barisan peguamnya mengenai keperluan untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan petisyen PRU ke-14, yang diputuskan hari ini oleh Mahkamah Tinggi.

Responden pertama dalam petisyen difailkan calon PKR, Dr. S. Streram itu berkata beliau hormati keputusan mahkamah yang putuskan kemenangannya untuk kerusi DUN Rantau pada PRU lepas adalah tidak sah dan batal.

“Saya perlukan masa untuk berbincang lebih terperinci malahan kami juga ada 14 hari untuk memfailkan rayuan, sekiranya perlu,” kata Mohamad kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori