Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

CRV Capai Sasaran Jualan...

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn Bhd mendapat 1,400 tempahan bagi All-New CR-V generasi kelima dalam seminggu selepas pelancarannya...

Wan Azizah Kekal TPM...

KOTA KINABALU - Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kekal...

200 Pelarian Rohingya Di...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) akan...

4,020 Kes Baru, 3...

Sebanyak 4,020 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,586,322.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

UNIMAP Haramkan Polisterina Di Kampusnya

AMSTERDAM – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengharamkan penggunaan polisterina dan penyedut minuman plastik di seluruh kampusnya berkuatkuasa tahun depan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP bertitah hukuman denda RM300 bagi kesalahan itu akan bermula 1 Januari.

Penguatkuasaan itu sebagai menghargai alam sekitar , titah baginda ketika mengetuai delegasi ‘Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP melawat kilang barang kemas eksklusif jenama ‘Gassan Diamonds’ di Amsterdam, Belanda baru-baru ini..

Berangkat sama anakanda kedua Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail manakala turut mengiringi baginda ialah Naib Canselor, Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof Mohd Fo’ad Sakdan.

Menurut Zul Azhar, kempen larangan polisterina sudah lama dilakukan, lebih-lebih lagi ia selari dengan hasrat Canselor UniMAP sendiri.

Selain polisterina dan straw plastik, UniMAP juga giat melaksanakan amalan-amalan lestari lain, termasuk mengurangkan penggunaan plastik dan pengasingan sampah sarap untuk dikitar semula.


Menurut Zul Azhar, pengasingan sisa makanan di kafeteria untuk dijadikan kompos turut dilaksanakan.

Para pelajar pula digalakkan membawa bekas makanan sendiri apabila membeli makanan yang secara tidak langsung mengurangkan harga makanan semasa pembelian.

Beliau berharap amalan-amalan kecil ini, warga UniMAP dan pihak yang berurusan dengan universiti menjadi lebih peka terhadap tanggungjawab menjaga khazanah alam sekitar. – BERNAMA

Kategori