Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Jamin ADUN...

KUALA LUMPUR - DAP memberi jaminan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti...

Kes Saman Anwar Ibrahim...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 14 Julai untuk pengurusan kes...

Polis Ingatkan Teksi Tidak...

KUALA LUMPUR - Polis hari ini memberi amaran kepada persatuan pemandu teksi agar...

KPDNKK Rampas Minyak Masak...

PUTRAJAYA - Bertindak atas maklumat orang awam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan...

Usul Tergempar Insiden Kuil Bukti PH Tegas

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo melihat pendekatan yang diambil kerajaan dengan membentangkan penjelasan berhubung isu kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, dekat Subang Jaya adalah satu tindakan yang tegas.

Beliau turut menyokong seruan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya rakyat Malaysia bertenang dan bersatu padu dalam melalui saat seperti ini.

“Seperti mana yang disebut oleh Perdana Menteri, kita perlu menghargai perpaduan dan keamanan dalam negara kita dan apa yang perlu kita lihat dan teliti adalah bahawa kes ini adalah satu kes jenayah. Ini bukan satu kes yang melibatkan isu perkauman.

“Jadi saya cukup sokong usul yang dibawa oleh Perdana Menteri dan kita juga berterima kasih di atas kenyataan yang telahpun dibuat oleh YB Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cukup menjelaskan keadaan sebenar,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata rakyat perlu bersama-sama memainkan peranan bagi memastikan keamanan negara tidak tergugat, berhati-hati serta tidak berkongsi maklumat yang belum dipastikan kebenaran dan ketulenannya.

Gobind yang juga Anggota Parlimen Puchong berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan meneliti perkara itu dan tindakan tegas akan diambil.


“Setakat Seksyen 233, saya ingin menjelaskan bahawa apabila ia berkaitan dengan keselamatan negara dan tentunya hubungan di kalangan kaum, maka akan ada siasatan dan tindakan tegas akan diambil . MCMC masih memantau kedudukan dan bekerja rapat dengan pasukan petugas, “jelas beliau.

Gobind menegaskan bahawa kebebasan bersuara tidak bermakna kebebasan mutlak kerana ada undang-undang dan had yang harus dipatuhi.

“Jadi ini adalah sesuatu yang saya ambil perhatian serius, saya akan berbincang dengan Kabinet esok mengenai langkah-langkah tertentu yang perlu diambil dan kenyataan akan dibuat mengenai hasilnya,” tambah beliau. – BERNAMA

Kategori