KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan German-Malaysian Institute (GMI) baru-baru ini menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama ke arah memperkukuhkan lagi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Dalam kenyataan hari ini, UTP berkata MoU itu juga bertujuan melengkapi golongan muda Malaysia dengan pengetahuan dan kemahiran sebagai persiapan menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).
MoU itu ditandatangani Naib Ccanselor UTP, Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib dan pendaftar universiti itu, Prof Madya Dr Azra’i Abdullah, manakala GMI diwakili pemangku pengarah urusannya, Rosli Abu Bakar dan Timbalan Pengarah Urusan (Pendidikan dan Latihan), Ngan Cheng Hwa.
āDi bawah MoU, UTP dan GMI akan bekerjasama dengan menempatkan lepasan GMI untuk melanjutkan pengajian di UTP, usaha pemasaran bersama untuk mempromosi program masing-masing di UTP dan GMI dan program pembangunan staf serta pelajar,ā menurut kenyataan itu.
UTP menawarkan pelbagai program berkaitan industri dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi di peringkat siswazah dan lepasan ijazah.
Ia bertujuan melahirkan graduan serba boleh serta memiliki kualiti kepimpinan dan kebolehan berkomuniksi yang cemerlang. – BERNAMA