BEIJING – China mengesahkan penularan wabak demam babi Afrika di wilayah timur Anhui.
China negara penternak terbesar babi di dunia, melaporkan lebih 50 kes penyakit berjangkit berbahaya, termasuk di wilayah Anhui, sejak wabak pertama dikesan awal Ogos lalu.
Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Pedalaman berkata dalam satu kenyataan, demam itu dikesan di ladang yang menempatkan 8,339 ekor babi, di daerah Qingyang, di selatan Anhui. Ketika mula dikesan demam itu menjangkiti 96 ekor haiwan terbabit dan membunuh 47 ekor daripadanya.
Susulan itu urusan membawa keluar masuk babi daripada daerah berkenaan diharamkan. Pergerakan produk berasaskan babi di luar daerah itu turut dilarang.
Bulan lalu, kementerian itu berkata, bakal menarik balik larangan terhadap empat bandar di Anhui yang terjejas akibat penularan wabak itu sebelum ini. – Reuters