Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Islam Tolak Kelompok Liberal,...

KUALA LUMPUR - "Islam wajib memimpin (negara ini) dan berlaku adil terhadap masyarakat...

Pendidikan Bertaraf Dunia Penting...

CYBERJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata adalah penting bagi...

Malaysia, Kanada Kukuh Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Kanada bersetuju untuk terus memperkukuh dan menyelaras industri...

Mahasiswa Berhimpun Di Parlimen...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan mahasiswa hari ini berhimpun di luar Parlimen untuk menuntut...

Wang Palsu: Lima Individu Dihadapkan Ke Mahkamah

SEREMBAN – Lima individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki wang palsu Dolar Amerika bernilai RM1.4 juta dan wang palsu Ringgit Malaysia MR13,600.

Tertuduh Azuan Miswadi Abdullah, 38; Khairul Anuar Parull, 33; Zulfikar Abd Rahman, 32; Izzaitie Aqma Johari, 24; dan Norsuhaila Abd Mutalib, 21; bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara serentak kepada mereka di hadapan Hakim G. Ramesh.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa memiliki 3,464 keping wang kertas palsu Dolar Amerika dan 136 keping wang palsu Ringgit Malaysia, masing-masing setiap keping bernilai US$100 dan RM100 dengan niat untuk menggunakannya sebagai wang tulen.

Mereka melakukan kesalahan itu pada 12 tengah hari di sebuah rumah bernombor 7, di Kampung Jijan Tengah, Nilai, 27 Dis tahun lepas.

Oleh itu kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 498 C Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh Khairul Anuar dan Zulfikar yang bekerja sebagai mekanik manakala Norsuhaila, pembantu pejabat dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan jumlah jaminan rendah memandangkan mereka perlu menyara keluarga masing-masing.


Azuan Miswadi yang bekerja sebagai buruh dan Izzaitie Aqma yang tidak bekerja tidak mengemukakan permohonan jamin kepada mahkamah.

Ramesh kemudian membenarkan jaminan RM12,000 dengan dua penjamin warganegara diberikan kepada tiga tertuduh iaitu Khairul Anuar, Zulfikar dan Norsuhaila.

Terdahulu, Norshazwani memohon mahkamah tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan yang dilakukan kesemua tertuduh merupakan kesalahan berat.

Mahkamah menetapkan 14 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori