SEORANG wanita ditangkap di Queensland berhubung kes jarum dalam strawberi yang mencetuskan ketakutan di Australia.
Polis berkata wanita berusia 50 tahun itu ditahan pada Ahad hasil “satu siasatan yang kompleks dan menyeluruh.”
Wanita itu dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pada petang Ahad.
Siasatan seluruh negara dilancarkan ekoran laporan pembeli menjumpai jarum dalam buah strawberi pada September.
Terdapat 100 laporan jarum dijumpai dalam buah strawberi, walaupun banyak kes dipercayai kes peniruan dan untuk membuat kejutan di laman sosial.
Petani terpaksa membuang bertan buah strawberi selepas pasaraya besar berhenti menjual produk tersebut.
Kes pertama muncul di Queensland, selepas seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas makan strawberi.
Kes ini mencetuskan ketakutan di seluruh Australia dan kemudian juga di New Zealand.
Akibatnya, kerajaan Australia meningkatkan had maksimum penjara bagi mencemarkan buah-buahan daripada 10 kepada 15 tahun. – BBC