Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

PM Singgah Sarapan Dengan...

TANJUNG MALIM - Kesibukan jadual harian sebagai Perdana Menteri tidak halang Datuk Seri...

Amy Mastura Tidak Terlalu...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Amy Mastura lebih senang mengambil pendekatan untuk tidak terlalu...

Gadis Malang, ‘Anu’ Kena...

KEJAM! Tidak mampu untuk berkata apa-apa apabila melihat keadaan memilukan yang menimpa nasib...

Wabak Meningitis: 328 Orang...

ABUJA - Pusat Kawalan Penyakit Kebangsaan (NCDC) mengesahkan sekurang-kurangnya 328 orang maut akibat...

Wanita Maut Dirempuh Kereta Pacuan Empat Roda

KUANTAN – Seorang wanita maut apabila motosikalnya dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas di Kilometer 126.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Temerloh, hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Zundin Mahmood berkata pada kejadian 9.25 pagi itu, mangsa Fatimah Suhaila Badaruddin, 40, yang berasal dari Kampung Baru Bintang, Temerloh maut di tempat kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Toyota Hilux yang menghala ke arah Kuantan gagal mengawal kenderaannya semasa berada di lorong kiri.

“Ia kemudiannya merempuh motosikal mangsa yang berada di lorong kecemasan menyebabkan mangsa tercampak sebelum Toyota Hilux itu terbabas ke dalam longkang di kiri jalan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zundin menambah pemandu Toyota Hilux Ahmad Ridzuan Mohamad, 30, dari Jengka 14, Maran cedera di kepala dan dirawat di zon kuning Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Mayat mangsa juga dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori