Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jakim Peruntuk RM468 Juta...

ALOR SETAR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperuntuk RM468 juta tahun ini...

Polis Selesai Siasatan Fasa...

KUALA LUMPUR - Polis telah menyelesaikan siasatan fasa pertama berhubung 1Malaysia Development Berhad...

Hubungan Pogba-Mourinho Makin Tegang

HUBUNGAN Paul Pogba dan Jose Mourinho bagai retak menanti belah apabila kedua-duanya kini...

Suspek Pencemaran Sungai Disambung...

KUALA LUMPUR - Tempoh reman ke atas seorang pengarah syarikat yang ditahan berhubung...

Warga Emas Maut Dihempap Runtuhan Di Tempat Kerja

BATU PAHAT – Seorang pekerja warga emas maut manakala rakannya cedera ringan dipercayai dihempap runtuhan sebahagian daripada tingkat atas menyimpan barangan di sebuah kilang perabot di Jalan Wawasan Utama, dekat sini, minggu lepas.

Dalam kejadian jam 2.35 petang, Isnin lalu, mangsa, Khoo Thian Lye, 64, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya terselamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Azhan Abdul Halim, ketika mengesahkan kejadian itu, hari ini, berkata kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan diserahkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor.

Beliau berkata ketika kejadian, mangsa bersama-sama rakannya sedang menjalankan kerja-kerja dokumentasi manakala tiga pekerja sedang menyusun​ barangan di tingkat atas berkenaan.

“Kemalangan berlaku apabila separuh bahagian tingkat atas runtuh dan menghempap mangsa serta rakan mangsa yang berada di bawahnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JKKP Johor, Dasuki Mohd Heak, dalam kenyataan, berkata pihaknya sedang menyiasat punca kejadian tersebut dan notis pemberhentian kerja menyusun barangan di tingkat berkenaan dikeluarkan kepada syarikat tersebut. – BERNAMA

Kategori