Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Operasi Jejak Mangsa Hilang...

HULU TERENGGANU - Operasi mencari dan mengesan seorang remaja lelaki yang dikhuatiri hilang...

Perlu Menang Untuk Penyokong...

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berharap beraksi di laman sendiri...

Info & Tip Pemanduan...

Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memandu dengan berhati-hati dan selamat. Untuk tujuan...

Cadangan Hari Tanpa Beg...

MELAKA - Pelbagai pihak memberi maklum balas menggalakan mengenai cadangan kerajaan negeri untuk...

Waytha Moorthy Dituduh Menteri Bersikap Perkauman

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini bertukar kecoh apabila wakil rakyat pembangkang menggelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy sebagai menteri ‘racist’ (bersikap perkauman).

Kekecohan itu berlaku apabila Waytha Moorthy yang sedang menggulung Belanjawan 2019 menyentuh mengenai isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dicelah oleh Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-UMNO Kepala Batas).

Reezal Merican meminta penjelasan Waytha Moorthy sama ada jika ICERD diratifikasi, ia akan menyebabkan kerajaan menerima tekanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Waytha Moorthy bagaimanapun berkata, ratifikasi ICERD tidak akan mengubah artikel berkenaan.

“Tidak. Ia tidak mengubah Artikel 153,” katanya ringkas.

Tan Sri Noh Omar (BN-UMNO Tanjung Karang) kemudian bangun dan meminta penjelasan menteri itu mengenai klip videonya yang mengecam kerajaan ketika itu mendiskriminasi masyarakat India seperti yang tersebar di media sosial.

Waytha Moorthy bagaimanapun menjawab kerajaan ketika itu memang mengamalkan diskriminasi dan beliau mempunyai bukti berhubung perkara itu menyebabkan dewan bertambah kecoh.


“Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa itu mengamalkan diskriminasi dan saya mempunyai bukti,” katanya.

Jawapan itu mengundang kemarahan hampir semua wakil rakyat pembangkang termasuk dari PAS yang kemudiannya melaungkan Waytha Moorthy sebagai ‘menteri racist’.

Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-UMNO Lenggong) mendakwa Waytha Moorthy sebagai tidak layak menjadi menteri yang memegang portfolio perpaduan.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) kemudiannya bangun dan mengusulkan supaya Tun Dr. Mahathir Mohamad (PH-BERSATU Langkawi) yang menjawab soalan berkaitan ICERD dan mendakwa Waytha Moorthy tidak layak berbuat demikian. – BH Online

Kategori