Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Kahwini Ibu Kandung...

DUNCAN - Seorang wanita Oklahama, Amerika Syarikat, Misty Spann ditahan atas kesalahan perbuatan...

Stail Mahathir, Najib Bagai...

DALAM kalangan ahli-ahli politik, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa boleh dianggap...

MCA Membisu Dalam Skandal...

KUALA LUMPUR - MCA perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa ia tidak mempertahankan hak...

Maut Terperangkap Di Dalam...

Kuala Selangor: Tindakan dua remaja bermain api mengundang padah apabila seorang rakan mereka...

Wee Ka Siong Presiden Baharu MCA

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong dipilih sebagai presiden baharu MCA setelah mencapai kemenangan besar dalam pertandingan tiga penjuru malam ini.

Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.

Seorang lagi calon bagi jawatan itu, Ketua Pemuda MCA Bahagian Beruas, Ngoo Teck Keong, tidak mendapat sebarang undi.

Berikutan kemenangan itu, Wee, yang berkhidmat sebagai timbalan presiden selama satu penggal, menjadi presiden MCA ke-11, menggantikan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tidak mempertahankan jawatannya.

Sekutu Wee, Datuk Dr Mah Hang Soon pula memenangi jawatan timbalan presiden dengan memperoleh 428 untuk mengatasi pencabarnya, Datuk Tee Siew Keong, yang mendapat 201 undi.

Keputusan pemilihan itu bagi penggal 2018-2021 diumumkan Ketua Pengarah Pentadbiran MCA, Datuk Lim Chin Hai di Dewan San Choon, Wisma MCA, di sini

Dalam respons segera kepada media, Wee berkata keputusan itu merupakan kelulusan anggota perwakilan kepada beliau dan Dr Mah untuk menerajui parti itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada para perwakilan yang telah memberi keyakinan kepada kami dan saya berharap pasukan yang dipilih akan menunjukkan kesungguhan dalam menggalas tanggungjawab dengan penuh dedikasi,” katanya.


Menjawab soalan pemberita, presiden baharu MCA itu berkata beliau akan memanggil satu mesyuarat beberapa hari lagi untuk berbincang dengan barisan kepimpinan baharu bagi melakar arah tuju parti berkenaan.

Wee juga menggesa semua anggota parti itu supaya merapatkan kembali barisan dan bekerjasama bagi membina semula MCA.

Sementara itu, empat naib presiden baharu yang dipilih terdiri daripada Datuk Lim Ban Hong, Datuk Tan Teik Cheng, Datuk Seri Ti Lian Ker dan Datuk Yew Teong Look.

Jumlah mereka yang mengundi ialah 66.27 peratus atau 21,468 daripada 32,397 anggota perwakilan bahagian yang layak mengundi.

Mereka juga memilih 25 anggota Jawatankuasa Pusat parti itu.

Ini kali pertama MCA menggunakan sistem pengundian secara terus dalam pemilihan parti itu.- BERNAMA

Kategori