Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mavcom Tidak Puas Hati...

SEPANG - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Macvom) tidak berpuas hati terhadap kejadian gangguan sistem...

Campur Tangan BNM, Kadar...

KUALA LUMPUR - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan...

Hargai Dan Hormati Ibu...

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah agar semua pihak tanpa mengira...

Lebih 2,000 Peminat Yoga...

KUALA LUMPUR - Lebih 2,000 peminat yoga daripada semua lapisan masyarakat dijangka berhimpun...

William, Kate Beri Penghormatan Kepada Vichai

LONDON – Putera William dan isterinya, Kate, mengunjungi Stadium King Power di Leicester semalam untuk memberi penghormatan kepada mendiang Vichai Srivaddhanaprabha, yang terbunuh dalam nahas helikopter bulan lalu.

Selepas berbual beberapa minit bersama keluarga mendiang termasuk anak lelakinya, Aiyawatt, Duke dan Duchess of Cambridge itu meletakkan sejambak bunga di antara lautan jambangan bunga lain berhampiran tapak nahas.

Helikopter dinaiki Vichai terhempas ke tanah dan terbakar sejurus berlepas dari kawasan stadium susulan perlawanan menentang West Ham 27 Oktober lalu, yang turut mengorbankan empat mangsa lain.

Ketika meluangkan masa di kelab berkenaan, William dan Kate bertemu badan kebajikan dan peminat yang mendapat manfaat daripada sifat dermawan Vichai.

“Beliau umpama jel dan gam masyarakat. Jika lebih ramai pemilik mencontohi sikap seperti ini yang memberi manfaat kepada masyarakat, sila berbuat demikian,” kata William.


Putera raja itu yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak, bertemu pemilik Leicester terbabit di ibu kota ini bagi membincangkan tugas kebajikan dilakukannya dan bola sepak, hanya beberapa minggu sebelum nahas.

William, bekas juruterbang helikopter ambulans udara mendedahkan, beliau pernah terbang bersama juruterbang Eric Swaffer pada masa lalu, yang meninggal dunia dalam nahas, menyifatkan pengalamannya sebagai sesuatu yang berharga. – AFP/ONLINE

Kategori