Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Joy Sering Ingkar, Hafiz...

KONTROVERSI rumah tangga antara penyanyi, Hafiz Hamidun dan personaliti media sosial, Joy Revfa...

NGO Empower Disyaki Terima...

KUALA LUMPUR - Pejabat Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) di Petaling Jaya yang...

Adele ‘Bersara’ Dari Arena...

PENYANYI bersuara emas, Adele membuat pengumuman yang pastinya mengecewakan buat setiap peminatnya yang...

Fathia Minta Maaf Isu...

PELAKON, Fathia Latiff tampil mohon maaf atas keterlanjuran tindakannya yang meninggalkan komen negatif...

YADIM Cari 25 Bakat Baharu Sertai Felo Muda Dakwah

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mencari 25 bakat baharu untuk menyertai latihan kepimpinan muda Islam menerusi program Felo Muda Dakwah (FMD) yang akan berlangsung pada Mac 2019.

Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan YADIM, Redhauddin Kamaruzaman, berkata FMD merupakan program kaderisasi dan pembangunan belia Islam, bertujuan memberi pendedahan serta latihan sebelum melangkah ke alam kerjaya sebenar.

Beliau berkata program yang memasuki edisi kesembilan itu terbuka kepada golongan belia berusia lingkungan 23 hingga 30 tahun, dan mereka yang terpilih akan diberi latihan yang memfokus kepada tiga kluster utama iaitu media massa, pembinaan jati diri dan karakter.

“Dalam konteks Malaysia baharu, latihan kali ini agak berbeza berbanding sebelum ini dengan penekanan dakwah kontemporari menerusi media massa.

“Para peserta akan dilatih untuk mengambil bahagian dan memainkan peranan media massa dalam konteks Islam, termasuk menentukan berita benar atau sebaliknya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Redhauddin berkata tempoh latihan ialah selama empat bulan, termasuk latihan dalaman dan lapangan di agensi media terpilih.


“Selain itu, program ini juga akan menyediakan latihan intensif dalam pelbagai aspek kepimpinan, antaranya keilmuan, penulisan serta berhujah secara kritis dan bernas.

“Para peserta akan turut diberi elaun sebanyak RM2,500 sebulan sepanjang latihan berlangsung,” katanya.

Beliau berkata mereka yang berminat menyertai program FMD, boleh menghantar resume ke e-mel di alamat berikut [email protected] sebelum 30 Nov 2018.

“Sehingga kini, sebanyak lapan kumpulan FMD berjaya dilahirkan dengan 214 peserta yang terdiri daripada 126 lelaki dan 88 perempuan,” katanya. – BERNAMA

Kategori