Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Shanshan ‘Diva-9-Gol’ China

SHANGHAI – Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah sila beri laluan. Penyerang terhangat...

PRU14: Masyarakat Johor Sambut...

JOHOR BAHRU - Pengumuman manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14...

Kucing ‘Lupa Diri’ Lepas...

TOKYO - Sejak kecil lagi, seekor anak kucing betina bernama Komari tinggal bersama-sama...

Lelaki Syria Miliki Bom...

SEREMBAN - Polis hari ini menafikan lelaki warga Syria bersama keluarganya yang menginap...

Yuna Bersederhana Jalani Kehidupan

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Yuna, meluahkan rasa syukur apabila melihat kehidupan dengan cara berbeza, iaitu tidak bermewah-mewah dalam menjalani aktiviti harian.

Berbeza dengan sesetengah orang yang suka melaburkan wang bagi mendapatkan barangan mewah, Yuna atau nama penuhnya Yunalis Zarai, 32, berkata dia hanya mahu menjaga insan disayanginya.

“Apabila orang yang membuat duit dan melaburkannya pada kereta serta barangan mewah lain, saya bersyukur dapat melihat kehidupan dengan cara berbeza.

“Saya hanya mahu menjaga orang yang saya sayang, termasuklah diri sendiri, agar tidak menjadi bebanan kepada orang lain.

“Itu sahaja. Saya melakukan semua ini demi orang yang saya sayang,” katanya.

Yuna yang kini menetap di Amerika Syarikat memuat naik luahan berkenaan menerusi Instagram Story akaun miliknya.


Sementara itu, menerusi perkongsian sama, Yuna berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.

“Terima kasih semua kerana sentiasa menyokong karier saya, mendengar dan membeli muzik saya, membayar untuk hadir ke persembahan saya, membayar saya untuk mengadakan persembahan dan menawarkan saya menjalinkan kerjasama dengan produk anda. Saya sayang kamu,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Crush itu turut memberitahu, dia sedang membuat perancangan yang panjang untuk kehidupannya pada tahun hadapan. – BH ONLINE

Kategori