Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Abang Ketua Polis Negara...

SEREMBAN - Abang sulung Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meninggal...

Video: MBPP Tiada Hati...

GEORGE TOWN - "Kamu sangat biadab terhadap orang awam, jika berlaku apa-apa kat warga...

Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas...

KUALA TERENGGANU : Kerajaan disaran menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memperkasakan usaha konservasi...

Istiadat Pertabalan Agong: Memelihara...

KUALA LUMPUR - Pada 24 April ini rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan adat istiadat...

Zaibo Sedia Kembali Ke Dunia Seni Sekiranya Kesihatan Mengizinkan

BATU PAHAT – Pelakon Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, bersedia untuk memberikan kerjasama dan kembali ke dunia seni sekiranya keadaan kesihatannya mengizinkan.

Menurut Zaibo, baru-baru ini dia dihubungi oleh sebuah syarikat penerbitan yang merancang untuk menerbitkan semula sitkom ‘Spanar Jaya’, sekali gus mengharapkan penglibatan dirinya.

Beliau yang telah disahkan menghidap kanser esofagus sejak September lepas menyatakan sanggup memberikan kerjasama dan berkongsi pengalaman dalam penerbitan sitkom berkenaan untuk versi yang baharu.

“Bagaimanapun buat masa ini saya hanya mahu memfokuskan kepada keluarga dan dalam masa yang sama keadaan kesihatan membuatkan saya perlu berehat buat seketika. Nak cuci tangan 100 peratus mungkin saya tak boleh…Rindu tu tetap ada.

“Saya juga mahu menyatakan berbanyak terima kasih kepada mana-mana pihak yang prihatin dan membantu saya dalam keadaan saya sekarang ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan Tunku Puteri Johor Tunku Aminah Sultan Ibrahim bersama suami baginda Dennis Muhammad Abdullah di kediamannya di Rengit, di sini hari ini.

Tambah Zaibo lagi, dia juga berterima dengan ‘rombongan’ dari istana kerana prihatin dengan keadaannya dan dalam masa yang sama juga berterima kasih kepada pihak yang menularkan kisahnya sehingga menerima pelbagai jenis bantuan dan juga sumbangan


Dalam pada itu, isterinya Siti Hawa Sawal, 52, menyatakan pihak keluarga tidak mempunyai halangan sekiranya Zaibo ingin kembali aktif dalam bidang seni sekiranya keadaan kesihatan menunjukkan perkembangan yang positif.

Katanya, mereka sekeluarga juga tidak mahu menghalang perkara yang diminatinya itu kerana jiwa Zaibo telah sebati dengan dunia hiburan, yang mana itulah pekerjaan utamanya.

“Berkenaan keadaan kesihatan abang (Zaibo) dia bertambah baik dan mengharapkan ia terus positif. Buat masa ini abang masih menjalani rawatan rutin di Klinik Kesihatan Rengit, di sini. Kami juga sekeluarga gembira dan bersyukur dengan pihak yang datang melawat kami, termasuklah pihak istana yang datang pada hari ini,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • zaibo

Kategori