Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Keperluan Sekat Pergerakan...

KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Collin...

Mohamed Salah Pemain Terbaik...

BINTANG Liverpool Mohamed Salah dinobatkan sebagai pemain terbaik PFA bagi musim 2017/2018 selepas...

Mangsa Banjir Menurun Kepada...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di empat pusat pemindahan di daerah Serian terus...

[TIDAK RASMI] Hadi Mendahului...

MARANG : Calon Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang mendahului empat...

Zuraida ADUN Wanita Pertama Di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu Zuraida Md Noor hari ini mencatat sejarah apabila dilantik sebagai Anggota Dewan Undangan (ADUN) wanita pertama di negeri itu.

Pelantikan Zuraida yang dibuat pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 hari ini adalah selaras Fasal 27(2) Undang-Undang Kerajaan Terengganu.

Di bawah undang-undang yang diluluskan pada era pemerintaah kerajaan PAS pada tahun 1999-2004, menyatakan sekiranya tidak ada dalam DUN wakil daripada kaum wanita dan juga kaum bukan Islam, Dewan boleh lantik seramai tidak lebih empat orang (bagi menjaga kepentingan golongan itu).

Ini membolehkan Zuraida dilantik sebagai ADUN tanpa melalui proses pilihan raya dan tidak memegang sebarang kawasan DUN.

Terdahulu, usul pelantikan Zuraida dikemukakan oleh ADUN Paka Satiful Bahri Mamat hari ini dan diterima sebulat suara oleh semua anggota dewan sebelum beliau mengangkat sumpah sebagai ADUN di hadapan Speaker DUN, Yahaya Ali pada persidangan yang berakhir hari ini.

Mengulas pelantikannya, Zuraida, 38, menyifatkannya sebagai penghormatan kepadanya sebagai wakil tunggal golongan wanita dan penghubung kepada kerajaan negeri bagi memperjuangkan semua aspek berkaitan wanita seperti kebajikan, kesihatan, ekonomi serta kekeluargaan.

“Kita akan bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional (Hanafiah Mat) dalam memperkasakan kaum wanita dan mencari jalan penyelesaian kepada isu-isu yang agak membimbangkan seperti kes penceraian wanita Islam di negeri ini,” katanya.


Ibu kepada tiga orang anak itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, kemudiannya mendapatkan Diploma In Manufacturing Engineering dari Terengganu Advanced Technical Institute (TATI) dan meraih Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Open University Malaysia.

​​Sementara itu Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pelatikan itu merupakan satu sejarah dan berharap ia dapat mewakili suara wanita Terengganu di mana kehadiran ADUN wanita tidak pernah berlaku berbanding di negeri lain.

“Kita percaya wanita juga mampu berhujah dan memainkan peranan seperti mana ADUN-ADUN lain dan bukan sahaja membawa isu berkaitan wanita dan kekeluargaan tetapi turut berkhidmat kepada semua masyarakat,” katanya.

Pada persidangan hari ini, Yahaya turut mengumumkan pelantikan Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia Nuridah Mohd Salleh, 57 sebagai anggota Dewan Negara bagi mengisi kekosongan jawatan senator dari negeri itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • adun

Kategori