Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Trend Imbang HP Atas...

GADIS-GADIS di rantau Asia Timur ketika ini dilanda trend baharu iaitu imbang telefon...

Pemilik Wajah Pada Kotak...

SELEPAS enam tahun gambarnya dirakam, seorang lelaki bukan saja terkejut, malahan marah apabila...

KPDNKK Rekod 16 Kes...

TAWAU - Enam belas kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan kira-kira RM1...

Lee Zii Jia Kini...

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melonjak satu anak tangga...

Zuraida Seru Ahli PKR Keluar Mengundi Pemilihan

KUALA LUMPUR – Calon Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menyeru anggota cabang parti supaya keluar mengundi hujung minggu ini bagi pemilihan semula dan juga pemilihan di seluruh negeri Sarawak.

Zuraida yang menang tanpa bertanding Ketua Cabang Ampang berkata langkah itu penting bagi menegakkan kebenaran, sekaligus menamatkan usaha golongan yang tamakkan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja, termasuk cara kotor untuk merebut jawatan dalam parti.

“Saya dengan ini menyeru rakan-rakan anggota Keadilan di Jelebu (Negeri Sembilan), Kuala Selangor (Selangor), Keningau (Sabah), Tawau (Sabah), Pensiangan (Sabah), Alor Gajah (Melaka), Masjid Tanah (Melaka), Tangga Batu (Melaka), Kota Melaka (Melaka), Jasin (Melaka) yang menyaksikan pemilihan semula dan seluruh Negeri Sarawak yang bakal menyaksikan pemilihan pada hujung minggu ini untuk turun mengundi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemilihan semula di 10 cabang itu diadakan semula Ahad ini akibat beberapa isu termasuk data undi gagal dikesan, manakala Sarawak merupakan negeri terakhir melaksanakan pemilihan pada Sabtu dan Ahad ini melibatkan 29 cabang.

Sementara itu, Zuraida juga berkata masalah yang membelenggu pemilihan yang pertama kali dilaksanakan secara ‘e-undi’ ini menyebabkan proses pemilihan parti dilihat lemah dan menggugat kredibiliti parti di mata umum termasuk isu keanggotaan yang diragui di cabang Julau di Sabah.

“Isu yang berbangkit di Julau contohnya, dengan pendaftaran anggota yang meragukan, yang mana anggota didaftarkan dengan maklumat peribadi yang tidak lengkap atau penggunaan satu alamat bagi ribuan anggota baharu.

Persoalan juga timbul bagi proses pemilihan semula di Cabang Tawau, Pensiangan dan Keningau yang secara jelas telah berlangsung mengikut tatacara yang betul, namun telah diarahkan untuk diadakan pemilihan semula atas alasan yang tidak munasabah,” katanya.

Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan mengesahkan keanggotaan baharu cabang Julau meningkat mendadak daripada 603 orang kepada 13,000 adalah sah dan tidak melanggar sebarang proses.


“Bagi tujuan pemilihan parti, tarikh akhir penerimaan permohonan keanggotaan baharu ialah 26 Jun 2018, Biro Politik KEADILAN dimaklumkan bahawa jumlah besar permohonan keanggotaan baharu bagi cabang Julau telah diterima ibu pejabat KEADILAN pada 12 Jun.

Selepas 26 Jun, senarai akhir permohonan keanggotaan baharu telah diluluskan dalam satu mesyuarat khas MPP (Majlis Pimpinan Pusat),”katanya.

Fahmi berkata Biro Politik juga telah mengarahkan Lembaga Disiplin parti supaya segera menyiasat semua insiden kekacauan dan gangguan yang berlaku sewaktu proses pemilihan berjalan dan mereka yang didapati terlibat dalam sebarang aktiviti atau tindakan yang melanggar disiplin parti akan dikenakan tindakan tegas.

Pada masa yang sama, semua anggota yang telah dipecat atau digantung keanggotaan sebelum ini adalah ditegah sekeras-kerasnya daripada terlibat dalam proses pemilihan parti termasuk berkempen untuk mana-mana pihak.

Setakat ini, tanpa keputusan di Negeri Sembilan dan Melaka, penyandang jawatan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selesa apabila memperolehi 59,594 undi dengan 3,202 undi mendahului pencabarnya Mohd Rafizi Ramli yang memperolehi 56,392 undi. – BERNAMA

Kategori