Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

‘Kerana Darurat Era Muhyiddin,...

Bekas perdana menteri Najib Razak memberi amaran bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara yang...

PM, Menteri Kewangan Terbabit...

KUCHING: Semua yang terbabit dalam membuat keputusan penganugerahan kontrak perolehan syarikat membekal dan...

Ezad Exist Kantoi Positif...

Perintah reman dikeluarkan selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Selayang kepada penyanyi dan...

Agong Berangkat Hari Ke-2...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berangkat menghadiri...

12 Terbunuh Cubaan Rompak Bank Gagal Di Brazil

RIO DE JANEIRO – Dua belas orang, termasuk lima tebusan terbunuh di timur laut Brazil semalam selepas polis menggagalkan cubaan merompak awal pagi membabitkan dua bank di pekan Milagres.

Kesemua lima tebusan yang maut itu adalah dari satu keluarga termasuk dua kanak-kanak, kata Datuk Bandar tempatan, Lielson Landim kepada akhbar Folha de Sao Paulo.

Mereka sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari lapangan terbang apabila diculik perompak berkenaan.

Setiausaha Keselamatan negeri Ceara, Andre Costa dalam satu kenyataan berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mengesahkan identiti individu yang maut dan punca kematian.

Costa tidak mendedahkan siapa yang bertanggungjawab membunuh kesemua tebusan terbabit manakala Landim terdahulu berkata, beliau difahamkan keluarga malang itu dibunuh perompak dan polis menembak mati semua penjenayah berkenaan.

Menurut kenyataan dari pejabat Costa, dua suspek berjaya ditahan polis.


ā€œSekumpulan individu yang lengkap bersenjata tiba di pekan itu awal pagi dan terus menuju ke pusat bandar sebelum cuba melakukan jenayah. Terdapat kejadian berbalas tembakan antara suspek dan polis selepas itu,ā€ kata kenyataan berkenaan.

Menurut kenyataan terbabit, enam suspek terbunuh manakala enam lagi individu maut akibat terkena tembakan.

Identiti mangsa ke-12 tidak dapat dipastikan setakat ini.

Polis turut menemui pelbagai senjata api dan bahan letupan serta tiga kenderaan yang digunakan dalam serangan berkenaan. – AFP/BH ONLINE

Kategori