KUALA TERENGGANU – Bilangan penduduk terjejas banjir di Terengganu setakat 8 malam ini berkurangan kepada 145 orang daripada 32 keluarga berbanding 666 orang daripada 194 keluarga pada tengah hari tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata ketika ini, pada masa ini hanya daerah Kemaman masih dilanda banjir.
Menurutnya, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi di Hulu Terengganu telah ditutup secara rasmi sepenuhnya pada 4 petang tadi.
“Ketika ini hanya lima PPS masih beroperasi di Kemaman iaitu Balai Raya Padang Kemunting yang menempatkan 15 mangsa, Surau Blok 28, Kampung Baru Felda Neram 1 (tiga), Dewan Orang Ramai Teladas (42), Masjid Batu 16 Tebak (35) dan Dewan Orang Ramai Batu 14 (50),” katanya.
Orang ramai bagaimanapun dinasihatkan agar terus berhati-hati dengan sebarang perubahan cuaca. – BERNAMA