Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tukang Masak Maut Di...

TUMPAT - Abang kepada seorang rakyat Malaysia yang maut dipercayaiterkena peluru yang dilepaskan...

Tengku Puan Pahang Sampai...

KUANTAN - Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang melawat mangsa banjir...

Penduduk Kesal Tiada Tindakan...

KUALA PERLIS - Penduduk di Taman Kuala Perlis di sini, hari ini kesal...

Mosti Keluar Nasihat Waspada...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjangkakan cuaca hujan dan...

17 Penjenayah Thai Bersembunyi Di Malaysia Terbabit Kes Keselamatan

BANGKOK – Tujuh belas daripada keseluruhan 129 penjenayah dari wilayah selatan Thai di Narathiwat yang dilaporkan bersembunyi di Malaysia, dikehendaki pihak berkuasa Thai atas kesalahan berkaitan keselamatan.

Tujuh belas penjenayah itu dikehendaki kerana pelbagai jenayah berkaitan keselamatan termasuk terlibat dengan konflik bersenjata di empat wilayah selatan Thailand di Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkla.

Konflik di selatan Thailand itu sudah mengorbankan lebih 6,500 nyawa sejak 2004.

“Tujuh belas suspek dikehendaki itu yang melibatkan 22 waran tangkap tertangguh terhadap mereka dengan kesemuanya terbabit dengan kesalahan berkaitan keselamatan,” kata sumber berpangkat tinggi Thai yang enggan dikenali memberitahu Bernama, baru-baru ini.

Selain 17 suspek berkaitan dengan kesalahan keselamatan itu, 112 lagi penjenayah dikehendaki pihak berkuasa Narathiwat, terlibat dengan jenayah kurang serius seperti tidak hadir kerahan tentera, penyalahgunaan dadah dan jenayah kecil lain, katanya.

Sumber berpangkat tinggi itu memberi respons terhadap artikel berita disiarkan media Malaysia baru-baru ini, memetik Ketua Polis Wilayah Narathiwat Mej Jen Dusadee Choosankij yang mendakwa 129 penjenayah daripada wilayah itu kini bersembunyi di Malaysia.

Ketua polis itu mendakwa penjenayah dikehendaki tersebut melarikan diri ke Malaysia menggunakan ‘jalan tikus’ di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

​​​​​​​Wilayah Narathiwat di selatan Thailand berkongsi sempadan dengan ​​​​​​​Kelantan.

Dalam artikel berita itu, Dusadee juga berkata pihaknya memohon kerjasama daripada rakan sejawat mereka dari Malaysia bagi mengesan penjenayah dikehendaki itu.


Sementara itu sumber berpangkat tinggi itu memberitahu Bernama bahawa berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga 129 penjenayah tersebut, menyatakan mereka melarikan diri ke Malaysia untuk mencari kerja.

“Kami (pihak berkuasa Narathiwat) pergi ke kediaman dan rumah keluarga penjenayah itu untuk mencari mereka. Keluarga penjenayah itu memberitahu mereka ke Malaysia untuk bekerja,” katanya sambil menambah bahawa kesemua 129 penjenayah itu mempunyai 138 waran tangkap tertunggak.

Sumber itu, bagaimanapun, berkata pihak berkuasa Thai akan meneruskan penyiasatan dan usaha bagi menangkap penjenayah terbabit walaupun maklumat daripada anggota keluarga menyatakan saudara mereka dikehendaki itu melarikan diri ke Malaysia untuk mencari pekerjaan.

“Ini kerana masih terdapat kemungkinan bahawa lelaki dikehendaki itu masih bersembunyi di Thailand,” katanya.

Sumber itu juga berkata beliau tidak pasti sama ada pihak berkuasa di Malaysia dan Thailand membincangkan mengenai 129 penjenayah warga Thai itu yang didakwa bersembunyi di Malaysia atau sekiranya ada pertukaran maklumat risikan tentang suspek tersebut.

Maklumat diperolehnya mengenai 129 penjenayah itu, kebanyakannya hasil daripada risikan daripada pihak berkuasa Narathiwat untuk tujuan penyiasatan. – BERNAMA

Kategori