Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pekan Sungai Lembing di sini meningkat kepada...

Bendera Palestin Dibenar Kibar...

NEW YORK - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebentar tadi meluluskan resolusi...

UPSI Tidak Pernah Jalinkan...

Kuala Lumpur : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan...

Proton Pinjam RM1.88 Bilion...

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta nasional Proton memperoleh kemudahan perbankan bernilai RM1.88 bilion...

1MDB: Jho Low Akan Didakwa Secara ‘In Absentia’

KUALA LUMPUR – Jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low akan didakwa secara “in absentia” iaitu tanpa ketidakhadiran di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Selain Jho Low, 36, empat lagi individu termasuk seorang wanita akan turut didakwa bersama-sama Jho Low di empat Mahkamah Sesyen berasingan.

Difahamkan kesemua mereka akan didakwa berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan media, Jho Low yang diburu polis dan dikehendaki Malaysia, Singapura dan beberapa negara lain dipercayai bersembunyi di China atau Abu Dhabi namun sehingga kini tidak diketahui di mana sebenarnya dia berada.

Pada 15 Jun lalu Jabatan Imigresen membatalkan pasport ahli perniagaan itu atas permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia susulan penyiasatan terhadap skandal 1MDB. – BERNAMA

Kategori