Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Azwan Tersingkir, Adel Diserap...

SHAH ALAM - Pelajar Akademi Fantasia 2014 iaitu Adel yang disingkir dalam rancangan...

Melaka Kuat Kuasa Undang-Undang...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka akan menguatkuasakan Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah...

Sarri Risau Courtois Tarik...

HUDDERSFIELD - Detik 48 jam terakhir dalam pasaran pemindahan pemain meletakkan Chelsea berada...

Suami Isteri Terselamat Kereta...

BELURAN – Pasangan suami isteri terselamat ketika kereta dinaiki terbakar selepas terlibat dalam...

2 Ditahan Tangkap Ikan Guna Kejutan Elektrik

IPOH – Jabatan Perikanan Perak berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki menangkap ikan menggunakan alat kejutan elektrik, yang merupakan kes pertama seumpama itu di negeri ini.

Pengarahnya Zaki Mokri berkata hasil maklumat orang awam, anggota penguatkuasa Pejabat Perikanan Daerah Kinta dan Kampar berjaya menahan kedua-dua lelaki berusia 41 dan 42 tahun itu di Sungai Pinji di sini kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

“Semasa serbuan dilakukan, mereka sedang mengangkat ikan-ikan yang ditangkap untuk dibawa masuk ke dalam kereta. Antara ikan yang dirampas ialah ikan jenis lampam, haruan dan baung seberat 15 kilogram yang dianggarkan bernilai RM150.

Kita sentiasa mengalu-alukan orang ramai supaya melaporkan kepada pihak Jabatan Perikanan negeri sekiranya ternampak sebarang aktiviti menangkap ikan dalam keadaan mencurigakan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tambun di sini hari ini.

Beliau berkata antara barangan yang dirampas ialah tiga unit rod pengalir arus, dua unit bateri kereta, dua unit motor elektrik dan penyauk ikan.


Zaki berkata mereka yang ditahan itu disiasat di bawah Kaedah-kaedah Perikanan (Sungai) Negeri Perak 1992 kerana menggunakan barang larangan seperti bahan letupan, racun dan peralatan elektrik untuk penangkapan ikan di perairan sungai di negeri ini.

Menurutnya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai penangkapan ikan yang dibuat secara haram boleh menghubungi Cawangan Pengurusan Sumber Jabatan Perikanan negeri di talian 05-2554061 atau 05-2554062.

Beliau berkata pihaknya akan terus melakukan pemantauan di beberapa batang sungai di negeri ini bagi mengelakkan kegiatan penangkapan ikan secara haram dan berbahaya daripada berleluasa. – BERNAMA

Kategori