Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Ruang Udara Negara...

KUALA LUMPUR - Dakwaan kononnya terdapat sebuah helikopter dan dron dari negara jiran...

Lima Ditahan Edar Dadah...

KUALA LUMPUR - Lima warga Vietnam termasuk tiga wanita dan seorang lelaki tempatan...

Jerebu: Kualiti Udara Di...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di seluruh negara terus mencatatkan perkembangan positif dengan...

Rosmah Dijangka Didakwa Esok

PUTRAJAYA - Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka dihadapkan ke...

288,670 Pelancong Sertai Program Inap Desa Dari Jan – Okt Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Sejumlah 288,670 pelancong telah menyertai program inap desa di seluruh negara bagi tempoh Januari sehingga Oktober tahun ini, yang menjana pendapatan sebanyak RM20.95 juta.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata program inap desa itu melibatkan 4,404 pengusaha yang menawarkan 5,862 bilik, dan mereka telah berdaftar dengan kementerian itu.

“Bermula 1995, kementerian telah melaksanakan Program Pengalaman Inap Desa Malaysia sebagai salah satu inisiatif di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar yang bertujuan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar dalam sektor pelancongan.

“Konsep utama yang ditekankan bagi produk ini adalah lebih kepada produk pelancongan gaya hidup atau yang berunsurkan pengalaman di mana pelancong berpeluang berinteraksi, merasai dan menikmati gaya hidup serta budaya masyarakat kampung,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.

Beliau berkata pelbagai perancangan telah dan sedang dilaksanakan kementerian untuk memastikan pelancongan budaya sentiasa menjadi satu jenama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kedatangan pelancong asing ke Malaysia.

Muhammad Bakhtiar berkata antara perancangan itu ialah mencalonkan lebih banyak tapak warisan yang berpotensi untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia seperti Taman Negeri Royal Belum, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Permatang Kurza, Gombak.

Beliau berkata di bawah Pelan Strategik Pelancongan Malaysia kementerian telah mengenal pasti enam tema utama bagi mencapai sasaran 30 juta pelancong dan RM100 bilion pendapatan pelancongan menjelang 2020 di mana dua daripada tema itu ialah ‘kebudayaan, kesenian dan warisan’ serta ‘kembara alam semula jadi’.


Dalam pada itu, bagi memperkasakan ekopelancongan masyarakat orang asli, Kraftangan Malaysia akan mengadakan Makmal Pengeluaran Kraf Hasil Rimba bagi penghasilan pelbagai produk masyarakat itu tahun depan.

Beliau berkata antara produk berkenaan ialah produk kelarai, tempo iaitu topi orang asli, sumpit, tikar anyaman dan beliung iaitu kapak mini.

“Kraftangan Malaysia juga mengadakan hubungan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Perak untuk membangun dan mempromosikan produk kraf keluaran orang asli tersebut.

Selain itu, Kraftangan Malaysia akan membantu memberi khidmat nasihat dalam aspek rekaan dan kemasan bagi pengeluaran produk Orang Asli,” katanya. – BERNAMA

Kategori