Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rizab Asing BNM Terus...

PARAH... Selepas hilang lebih AS$900 juta (kira-kira RM3.8 bilion) untuk tempoh 15 hari...

Mengaku Tidak Bersalah Atas...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas...

Staf Mahkamah KL Didakwa...

SHAH ALAM - Seorang kakitangan Mahkamah Kuala Lumpur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di...

Pembunuh Bersiri Terlepas Hukuman...

CHICAGO - Seorang pembunuh bersiri mengaku bersalah di mahkamah Indiana semalam atas tuduhan...

3 Jana Kuasa Baharu Akan Dibina Di Pahang

KUANTAN – Sebanyak tiga jana kuasa baharu akan dibina secara berperingkat di Pahang pada tahun hadapan bersesuaian dengan usaha kerajaan negeri untuk mempromosikan teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata tiga projek tersebut akan dijalankan di Gambang, Pekan dan Gebeng.

“Setakat ini tapak stesen di Gambang telah pun 90 peratus siap dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun hadapan. Stesen jana kuasa ini dapat menghasilkan 50 megawatt tenaga keseluruhannya.

“Bagi dua lagi tapak stesen di Pekan dan Gebeng pula baru sahaja berada pada tahap kedua pembinaan dan dijangka selesai sepenuhnya pada 2020.

“Stesen jana kuasa di Pekan dijangka dapat membekalkan 49 megawatt bekalan tenaga elektrik dan stesen di Gebeng pula dapat menghasilkan 30 megawatt tenaga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Tenaga Boleh Diperbaharui Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang 2018 di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB negeri, Rozianis Mohd Noor dan Pengurus Kanan (Bahagian Pembangunan Produk Baru) TNBX Sdn. Bhd. TNB, Dr. Aznan Ezraie Ariffin.

Fakhruddin berkata kesemua pembinaan stesen jana kuasa di ketiga-tiga lokasi dijalankan oleh pihak swasta dengan kerjasama bersama TNB, bagi stesen di Gambang, ia dibangunkan oleh anak syarikat Universiti Teknologi Mara (UiTM).


“Kita berharap lebih banyak syarikat swasta di Pahang akan menjalinkan kerjasama dengan TNB dalam menghasilkan tenaga boleh diperbaharui ini selaras dengan hasrat menjadikan Pahang lebih lestari,” katanya.

Fakhruddin ketika ditanya mengenai kemungkinan untuk membina lebih banyak stesen jana kuasa solar di negeri ini, beliau berkata ia bergantung sepenuhnya kepada kelulusan daripada pihak Suruhanjaya Tenaga selain kemampuan pihak yang terlibat mengeluarkan dana bagi pelaksanaan projek tersebut.

“Semua kelulusan adalah tertakluk sepenuhnya oleh Suruhanjaya Tenaga. Jadi bagi mana-mana pihak yang berminat, mereka perlu menawarkan diri dan membida tender yang dikeluarkan oleh TNB sebelum kontrak diberikan kepada pembida yang dapat memberikan harga yang kompetitif.

“Saya juga berharap lebih banyak bangunan kerajaan dan agensi negeri melaksanakan polisi penggunaan tenaga solar ini kerana banyak insentif ditawarkan termasuklah rebat dalam mengurangkan kos operasi yang perlu ditanggung oleh kerajaan negeri,” katanya. – BERNAMA

Kategori