Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rakyat Digesa Hindari Perbalahan,...

RAUB - Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggesa rakyat negeri...

Turki Benarkan Polis Wanita...

ISTANBUL - Turki buat kali pertama membenarkan anggota polis wanita memakai tudung sebagai...

Dr. Zakir Berterima Kasih...

BESUT - Pendakwah antarabangsa terkenal, Dr. Zakir Naik mengucapkan terima kasih kepada kerajaan...

Ratusan ‘Berani Mati’ Renang...

RATUSAN orang 'berani mati' berenang tanpa seurat benang di laut dekat pantai Northumberland,...

3 Petugas IRM Bantu Mangsa Tsunami Banten

KUALA LUMPUR – Tiga petugas Islamic Relief Malaysia (IRM) berganding bahu bersama rakan sepasukan, Islamic Relief Indonesia (IR Indonesia) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang terjejas akibat tsunami di Banten, Indonesia, 22 Dis lepas.

IRM dalam kenyataan hari ini berkata, sehingga kini, organisasi itu telah menyalurkan bantuan berupa makanan, minuman, ubat-ubatan, selimut dan bekalan asas lain kepada ratusan penduduk yang terselamat di daerah Labuan-Pandeglang, Kampung Glondong, Kampung Kalang Anyer dan beberapa tempat lain.

“Menurut kenyataan Pengarah Negara IR Indonesia, Nanang Dirja, pihaknya sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang bencana yang bakal melanda.

“Orang ramai yang ingin menyumbang kepada tabung Rayuan Kecemasan Indonesia boleh berbuat demikian dengan melayari laman web IRM, www.islamic-relief.org.my atau menghubungi 03-8926 3434.

Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), tsunami yang berlaku jam 9.27 malam, Sabtu lepas itu disebabkan berlakunya gelombang kuat di perairan Selat Sunda dan berlakunya letusan di Gunung Anak Krakatau.

Setakat 5 petang semalam, Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia mencatatkan seramai 429 orang erkorban, manakala 1,485 cedera dan lebih 800 rumah musnah. – BERNAMA

Kategori