Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

97 Penumpang Selamat Selepas...

SINGAPURA - Seramai 97 penumpang feri 'Sea Prince' diselamatkan selepas feri berkenaan terlanggar...

Pengerusi Bersatu Johor Ganggu...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mazlan Bujang didakwa...

Tok Sidang ‘Kantoi’ Jual...

PARIT - Taktik licik seorang ketua kampung menyimpan mercun dan rokok seludup di...

Lindsay Lohan Mahu Bertanding...

SIAPA yang tidak suka dengan kuasa?Kuasa membolehkan seseorang itu memerintah, mengawal dan memastikan...

330 Pelajar Terima Bantuan Sekolah Srikandi Bersatu Alor Setar

ALOR SETAR – Seramai 330 pelajar sekolah rendah dan menengah menerima sumbangan barangan kelengkapan sekolah pada Program ‘Back To School’ anjuran Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Alor Setar di sebuah pasaraya di sini, hari ini.

Ketua Srikandinya Shamsilah Siru berkata, penerima terdiri daripada pelajar asnaf berusia antara tujuh dan 17 tahun dari beberapa buah sekolah di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu, DUN Suka Menanti dan DUN Kota Darulaman.

“Semalam 180 pelajar datang mengukur saiz pakaian dan kasut mereka dan baki 150 orang lagi datang pagi tadi di mana hari ini kita membuat serahan kepada semua penerima. Setiap penerima mendapat set pakaian sekolah termasuk stokin dan kasut bernilai kira-kira RM100,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

“Insyallah kita merancang untuk menambah bilangan penerima dan pergi ke sekolah-sekolah lain awal tahun depan bagi membantu golongan ini supaya mereka dapat belajar dalam keadaan yang selesa, bersemangat dan tidak rasa tersisih dengan pelajar lain,” katanya.

Sementara itu, seorang penerima bantuan itu, Nur Farahdiba Zaki Minamin, 10, berkata bantuan itu sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat baharu buatnya untuk terus cemerlang dalam pelajaran.


“Hari ini saya datang awal dengan ibu saya untuk menerima bantuan ini kerana orang kata datang awal dapat banyak pilihan, syukur semua ukuran saya dapat dan saya tidak sabar nak pakai baju baharu ke sekolah nanti,” kata murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Mergong itu.

Ibunya, Wan Nor Hayati Faizah Wan Awang, 36, berkata selain Nur Farahdiba, beliau juga menyara seorang lagi anaknya yang merupakan OKU kategori lembam, iaitu Wan Mohd Zaman, 15 yang akan memasuki ke tingkatan satu tahun depan.

“Bantuan ini dapat mengurangkan beban kami sekeluarga kerana suami hanya penjual susu lembu dengan pendapatan tidak menentu untuk menyara kehidupan seharian selain menanggung kos berulang-alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi menjalani pemeriksaan susulan anak sulung saya (Wan Mohd Zaman),” katanya. – BERNAMA

Kategori