Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Paderi Masuk Jari Dalam...

BUTTERWORTH - Seorang paderi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari...

700,000 Benih Udang Galah...

TELUK INTAN - Jabatan Perikanan Perak melepaskan lebih 700,000 benih udang galah ke...

Lelaki Indonesia Didakwa Bunuh...

Seorang lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas...

Putra 2.0 Kembali, Tawar...

KANGAR : Perlis Ultra Marathon (Putra) 2.0 bakal kembali pada tahun ini menerusi...

4.42 Juta Pemegang Polisi Insuran, Takaful Dapat Pulangan Cukai

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini bersetuju memberi pengecualian kepada pemegang polisi individu yang membeli atau memperbaharui insurans atau takaful umum yang dikenakan cukai perkhidmatan seperti premium insurans motor, kebakaran dan kemalangan diri sepanjang tempoh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar pada 1 Jun-31 Ogos, 2018.

Sehubungan itu, Menteri Kewangan Lim Guan meminta ​​​​​​​syarikat-syarikat insurans yang telah mengenakan cukai tersebut agar mengembalikannya kepada pemegang polisi terbabit.

“Langkah ini dijangka akan memberi manfaat kepada 4.42 juta pemegang polisi dan membolehkan mereka menjimatkan pembayaran cukai sebanyak RM132 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Lim, polisi insurans dan takaful umum individu serta perniagaaan adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan mulai 1 September 2018.

Akta Cukai Perkhidmatan 2018 menghendaki syarikat insurans dan takaful mengenakan cukai perkhidmatan bagi tempoh yang dilindungi oleh polisi insurans atau takaful umum mulai 1 Sept, 2018. – BERNAMA

Kategori