Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat: Tempat Duduk...

KUALA LUMPUR - Berlaku perubahan tempat duduk dalam kalangan beberapa Ahli Parlimen blok...

Haji: Malaysia Rakam Penghargaan...

MINA - Malaysia menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang...

Kafe Elfira Loy Dikritik...

SEPERTI semua maklum, pelakon Elfira Loy mengorak langkah dalam bidang usahawan apabila membuka sebuah...

Starbucks Khas Golongan Pekak...

WASHINGTON - Rebecca Witzofsky, 20, seorang penuntut Universiti Gallaudet di sini yang cacat...

4 Pekerja TNB Sesat Ditemui Selamat

KUALA BERANG – Empat pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) ditemui selamat pagi ini selepas dilaporkan tersesat di kawasan Hutan Simpan Sultan Mizan berhampiran Felda Mengkawang, di sini, sejak lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud berkata pekerja TNB berkenaan ialah Nor Muslim Mohd Dom, 51; Mohd Amirul Ismail, 30; Muhammad Syazwan Wahab, 30, dan Ahmad Khairi Azman Mohamed, 29.

“Mangsa pertama, Nor Muslim ditemui pada 9.40 pagi ini setelah berjaya keluar dari lokasi hutan ke Kampung Lubuk Periuk. Tiga mangsa lagi ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada 10.25 pagi kira-kira enam kilometer dari lokasi kenderaan pacuan empat roda mereka ditinggalkan di hutan berkenaan semalam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, operasi menyelamat dengan kekuatan 60 anggota digerakkan pada 8 pagi melibatkan polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Batalion 9 Gong Badak.

Mengulas lanjut, Mohd Adli berkata empat pekerja berkenaan menyertai sekumpulan lapan orang pekerja TNB Wilayah Timur di Dungun yang melakukan pemantauan menara kabel elektrik jajaran Kenyir-Paka.


Empat mangsa itu yang bertugas di lokasi berbeza bagaimanapun gagal sampai ke kenderaan mereka setakat 7 malam meskipun kerja menyelia tamat pada 5 petang dan kemudiannya telah memaklumkan mereka telah tersesat.

“Ketika ditemui mangsa dalam keadaan lemah namun selepas diberi makan kesemua mereka pulih dan tidak mengalami sebarang kecederaan atau masalah kesihatan. Bagaimanapun mereka dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Kategori