Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

RapatkanSaf Jadi Kempen Penyatuan...

Meraikan tahun keenam bersiaran, TV AlHijrah muncul dengan tagline terkini #RapatkanSaf yang dimeriahkan menerusi...

Lebih Baik GTA Jadi...

SUNGAI PETANI : Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan Gerakan Tanah Air (GTA) yang...

Rafizi Minta Calon PAN...

KUALA KANGSAR - Hendak kata ayat jenaka seloroh macam pelik tapi ceramah disampaikan...

Pemandu Lori Didakwa Miliki...

SEPANG - Seorang pemandu lori yang didakwa memiliki sebutir bom tangan, sepucuk pistol...

6 Maut Kenderaan Langgar Periuk Api

BAMAKO (MALI) – Enam orang awam, termasuk empat wanita maut selepas kenderaan yang mereka naiki melanggar periuk api.

Menurut pegawai tempatan, letupan akibat periuk api yang diubah suai kumpulan militan sering berlaku di jalan dilalui kesemua mangsa.

Bulan lalu, tiga anggota tentera Mali terbunuh dalam insiden serupa berhampiran pekan Boni.

Kejadian semalam itu turut mencederakan enam yang lain, kata pegawai terbabit.

“Memang periuk api itu dipasang oleh puak pengganas,” katanya merujuk kepada kumpulan militan berkenaan.


Seorang lagi pegawai mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, antara mangsa terkorban ialah seorang bayi.

Mali sedang berusaha mengembalikan keamanan di negara itu selepas dikuasai militan Islam di bahagian utara sejak awal tahun 2012, menyebabkan campur tangan tentera oleh Perancis.

Kumpulan militan berkenaan berjaya diusir menerusi operasi pasukan Perancis pada tahun 2013 tetapi sebahagian besar negara benua Afrika itu masih gagal dikuasai kerajaan. – AFP/BH ONLINE

Kategori