Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Tindakan Mahfuz Serbu Masuk...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyifatkan...

Empat Sahabat Diperintah Bela...

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan empat sahabat membela diri...

Kemalangan Van: Suami Isteri...

KUALA KRAI - Hajat sepasang suami isteri untuk bertemu anak mereka hari ini...

Khaled Kritik Ucapan Perasmian...

SELAKU Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah diberikan ruang berucap semasa perasmian...

605 Penduduk Kota Tinggi Dipindahkan Akibat Banjir

KOTA TINGGI – Seramai 605 penduduk daripada 171 keluarga dari Taman Aman dan Taman Mawai di sini dipindahkan berikutan rumah didiami mereka dinaiki air selepas hujan lebat sejak petang semalam.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi, hujan lebat melanda daerah ini sejak pukul 4 petang itu menyebabkan air sungai Kota Tinggi melimpah dan kediaman penduduk ditenggelami air sedalam 0.5 meter.

“Berikutan kejadian banjir ini pihak kita membuka satu pusat pemindahan pada pukul 9 malam di dewan Kolej Vakasional Kota Tinggi bagi mangsa dari Taman Aman membabit 556 terdiri daripada 162 keluarga.

“Manakala satu lagi di dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota pukul 1 pagi melibatkan mangsa 49 daripada sembilan keluarga dari Taman Mawai,” katanya.

Sekretariat itu berkata, sehingga pukul 8.30 pagi hari ini, kesemua mangsa masih belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kerana aktiviti pacsa banjir masih dilaksanakan. – K! ONLINE

Kategori